Jumaat, Jun 12, 2009

Spicy Toufu

www.tips-fb.com


Memang sedap spicy toufu ni....sesiapa peminat tahu,masakkan ni mmg menepati selera...betul kata Hana makyung Jepun tu....resipi ni ikut makyung Jepun tu...bubuh sedikit udang kering ditumbuk dan cili diblend....senang keje....resipi asal dr cikwan taipei dan c&p dr umah Hana...tq kedua2nya...

Bahan-bahan

1 paket tauhu (sebarang jenis/potong kecil) - sy guna tauhu lembik(lembut)
6 tangkai cili kering (buang biji dan rendam hgga lembut)
1 inci halia
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih* (*dihiris)
1 sudubesar sos tiram
1/2 cawan air
secubit pati ayam
garam dan gula secukup rasa
daun bawang (jika suka)

Cara-cara

Cincang cili kering sehalus mungkin. Panaskan kuali dengan 1 sudubesar minyak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili tadi, tumis hingga cili gareng, masukkan air, sos tiram , pati ayam, garam dan gula. Kacau sebati dan masukkan tauhu. Reneh hingga kuah sedikit pekat. Tabur daun bawang. Hidangkan panas bersama nasi putih.



Share |

1 ulasan:

ain berkata...

one day kena try ni. nmpak sedap betul!