Isnin, Julai 20, 2009

Kek Marble Pandan

www.tips-fb.com

Edisi ulang tayang resipi dr dapur lama ke dapur baru.....utk dikongsi bersama....


Bahan-bahan:

4 biji telur
100gm gula pasir
1 camb ovalette
25ml pati santan atau susu segar
50gm minyak jagung
100gm tepung gandum
1/2 camt garam
1/2 camt baking powder
1 camt pandan paste
1 camt pandan emulco
1 camt cokelat emulco

cara:
1. griskan tin kek dan lapikkan dengan kertas minyak. ketepikan
2. ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder. ketepikan
3. pukul gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan sehingga rata
4. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi dengan kelajuan yang maksimum sehingga kembang dan pekat
5. perlahankan kelajuan mixer pada tahap minimum dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata
6. masukkan minyak jagung dan pati santan/susu segar, gaulkan sehingga sebati
7. bahagikan adunan kepada dua bahagian
8. satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste dan emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
9. satu bahagian lagi dicampurkan dengan cokelat emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
10. masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam tin kek
11. kemudian ambil chopstick buatkan beberapa pusingan
12. bakar pada suhu 180C selama 30min atau sehingga masak
13. setelah masak tutupkan switch oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
14. keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan.



Share |

1 ulasan:

ain berkata...

rajinnya akak. ada ayam rosemary, ada kek marble. sedapnyaaaa!!!!