Ahad, September 13, 2009

Daging Blackpepper & Brokoli

www.tips-fb.com

Dah lama tak masukkan n3 masakkan...rindu plk rasanya,tak habis lagi nak kutip Kad Raya...sabar ye sahabat semua jgn kecil hati...akan dikutip dr rumah kerumah satu persatu...nak masukkan n3 ni dulu ye...menu ni masak pada hari cuti aritu...kalau hari keje..faham2 jelah ye...sedap resipi ni ambil dr umah Nor Ganu...best makan waktu berbuka dgn nasi panas2,nak masak pun ringkas je...tapi campur dgn brokoli sikit...tima kasih Nor,akak c&p je dan edit sikit mengikut kesesuaian...

Daging Black Pepper

Bahan2:-
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau - xde stok (gantikan dgn brokoli)
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara2:-
1.Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2.Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3.Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat. Sy renehkan dgn sedikit minyak yg telah dipanaskan sampai daging empuk(daging batang pinang msk sekejap aje)
4. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5.Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.
Share |

1 ulasan:

ain berkata...

sedapnya kak zai...tiba2 pulak lapo.aduss!!!!

dah siap buat kuih raya kak..?? umah dah solek dah..??musti lawa!!!!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI UTK KAK ZAI SEKELUARGA DAN MAAF ZAHIR BATIN!!

psst..esok sy pos kad raya..jgn lupa amik eh!