Ahad, Mac 07, 2010

Tauhu Telor (Tauhu Jepun) Masak Taucu Cendawan

www.tips-fb.com

Dah lama tingin nak masak tauhu ni,bila tengok kat umah Ummi aritu...tauhu ni dah lama gak beli,nasib baik tak expired lagi...cuma tak bubuh cendawan tapi ganti dgn bunga kobis je...sedap masak mcmni,rasa masam2 manis...ummi ambik resipi dr majalah sedap..dah tentu sedap kan...mcm biasalah minta izin cnp resipi ye Ummi..tq...


TAUHU TELOR MASAK TAUCU CENDAWAN
Bahan:-
  • 2 biji tauhu telor - potong setebal 1cm dan goreng hingga berkulit, letakkan di dalam pinggan yang sesuai.
  • 3 ulas bawang putih - cincang kasar
  • 1 biji cili merah - dicincang halus
  • 1 cm halia - diparut
  • 100 gm daging cincang - akak tukar meatball n cincang
  • 100 gm cendawan dalam tin - cincang kasar
  • 1 1/2 sudu makan taucu manis - akak guna jenama Yeos jek
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • 1 pokok daun bawang - dipotong 1 cm
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 300 ml air
  • 1/2 sudu makan tepung sagu + 1/2 sudu makan air - dibancuh (akak letak 2 sudu air)
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang putih, cili merah dan halia hingga terbit aroma.
  2. Masukkan daging dan kacau sehingga daging berubah warna.
  3. Masukkan cendawan, kacau rata.
  4. Masukkan taucu, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.
  5. Tuangkan air dan masak hingga mendidih.
  6. Perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung sagu dan masukkan minyak bijan dan daun bawang. Kacau rata sekejap.
  7. Tutup api dan tuangkan sos di atas tauhu telor tadi. Selamat Mencuba!!!
Share |

3 ulasan:

ain berkata...

wahhh...enak banget nih!!!

Ely Hasrul berkata...

wow.. sedapnye..

jemput masuk packmelove contest ya

green apple berkata...

thanx for this one.