Rabu, April 07, 2010

Pannacotta With Strawberry Jelly

www.tips-fb.com
Ni n3 tertunda ni...bhagia kalau dapat time cuaca panas ni...strawberry takdak,hentam jelah buah ceri ni...resipi dr dapur Hazila...tq

Bahan bahan
1 cawan fresh cream
2 cawan susu segar
1/4 cawan gula ( ikut kemanisan yg disukai )
10 gms serbuk agar agar ( kalau suka lembut, kurangkan sikit )
Strawberry jelly jenama Nona
Buah strawberry untuk hiasan

Cara cara
1. Panaskan susu segar bersama fresh cream dan gula dengan api yg sederhana kuat supaya susu tidak mendidih dengan cepat.
2. Masukkan serbuk agar agar, kacau hingga sebati. Biarkan seketika.
3. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Sementara menunggu pannacotta tadi sejuk, masak strawberry jelly mengikut arahan di paket. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik. Bukan beku ye.
5. Tuang jelly ke dalam bekas pannacotta perlahan lahan supaya tidak bercampur. Letakkan buah strawberry sebagai hiasan.
6. Sejukkan di dalam esbok sebelm dinikmati.

P/s - Ada org guna gelatine, tapi bagi saya yg tak cukup masa dan malas nak tunggu lama, saya lebih suka guna serbuk agar agar


Share |

3 ulasan:

Datin El berkata...

salam kzai..sejuk je kalau dapat masuk kat tekak ni kan..ermmmmm..

Hajar berkata...

salam...umah kak kat mana ek? nak dtg makan pannacotta yg sedap nih...tingin tgk jeli stroberi yg menyala merahnya tu...:)

ct HajAR berkata...

salam dapnyer...dh lame nk wat nie tp tgk resepi2 lain kne taruk gelatin..hmm resepi nie takde gelatin nak cube lah..heheheh....