Ahad, Ogos 15, 2010

Gulai Udang dengan Peria Kambas

www.tips-fb.com
Selamat berpuasa semua..dah seminggu tak update n3 ni semenjak berpuasa..ni lah pertama kali menu dibulan Ramadhan..bukan taknak update,tapi tnet sll problem..tu yg malas tu,setakat intai2 tu je...ni dua menu bbuka pd hari sabtu masa cuti...oklah jom intai2 menu...masak biasa2 je...

Bahan Utama:-
1 kg udang galah atau udang kertas
1 biji peria kambas
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit
1 batang serai
1 biji kelapa, diparut
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar Halus:-
Segenggam cili padi atau mengikut kepedasan masing2
2 biji cili merah
5 biji bawang merah kecil
1 inci kunyit hidup

Cara membuatnya:-
  1. Potong muncungnya dan buang ketulan kotor yang berada di kepala udang dan cuci bersih, toskan. kambas kerat dua, kemudian buang bijinya dan dipotong mengikut ketebalan, ketepikan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, bahan2 kisar. Masak atas api sederhana 1 - 2 minit. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Kemudian tuang pati santan, daun kunyit dan masukkan kambas yang telah di potong tadi, last sekali masukkan udang perasakan dengan garam .
  3. Biar mendidih sambil dikacau selalu. Masak hingga kambas sedikit lembut dan rasa kuahnya dan bolehlah matikan api.
Share |

1 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kak zai! udangmu iteeww pwnuh bergaya dgn posingnyerrr ehehe.. kita pun nk masak udang jgklah hari ni :D baru beli udang :D lg satu loyang akak yg kat bwh tu cantek! akak beli kat mana eak?