Ahad, Ogos 29, 2010

Nasi Beriani Arab Slera

www.tips-fb.com
Hujung2 syawal ni mesti dah ramai sibuk mengukis kan...jadinye menu utk bbuka dah semestinye yg ringkas dan yg mudah2 je kan...tambahan lg kalau yg berkeje kan...tak terkecuali tuan umah ni sekali...tapi tak sempat nak mengukis lg pun...Tuan umah ni ahli pun tak ramai..masak yg dah ada stok dan semudah mungkin..tapi sudah pasti nya sedap...masa beli rempah kerutuk aritu,adalah beli lebih paste yg lain2 lg tu..wat spare kot2 kalau ada kes emercency bagai...mmg berbaloi beli paste ni...takyah nk menumbuk2 bagai...campak kan je masok dlm periuk...mudah dan sedap...ni menu bbuka semalam,akak lawankan dgn masak kurma,jelatah dan pepedom je...gmbr lauk kurma pun lupa nk amik...guna gmbar lama jelah ye...resipi nasi ikut pd kotak je...

Bahan-bahan:-
Beras Basmathi
Ayam
Perencah beriani Arab
Air
Kismis
Daun ketumbar
Buah tomato
Cili besar/merah
bawang goreng dan sedikit badam jika suka.

Cara memasak:-
1. Panaskan sepeket perencah beriani Arab dan masukkan 200gm ayam atau daging cincang.Masak selama 3 minit.
2. Masukkan 4 cawan (800ml) air bersama 3 cawan beras Basmathi yg telah dicuci dan masak nasi sehingga separuh masak.
3. Apabila nasi hampir masak,masukkan 2 biji tomato yg telah dipotong empat,2 biji cili besar/merah yg telah dipotong memanjang serta kismis.tambahkan sedikit garam.
4. Setelah nasi masak,gaulkan nasi tadi bersama setangkai daun ketumbar.
5. Hidangan ini sesuai dimakan bersama gulai kawah,gulai kurma atau kerutuk.

Tips:- Untuk hiasan hidangan nasi ditabur badam dan bawang goreng.


Kepada yg nak mencuba bolih lah cari paste segera ni ye...mudah sgt nk menyediakan...dan pasti nya sedap...kepada yg bertanya mana nk beli pes ni,akak beli kt jaya jusco...keluaran FELDA trading/Slera...cubalah cari ye...

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong ikut suka

3 biji bwg merah*(kisar/tumbuk)
3 biji bwg putih*(kisar/tumbuk)
1 inci halia*(kisar/tumbuk)
1 inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 pkt kecil serbuk rempah kurma adabi, dibancuh dgn air
Sekeping asam jawa
1 biji kentang, dibelah 4
1 biji bawang besar, dibelah 4
1 biji buah tomato, dibelah 4
1 biji cili hijau, dibelah
1 mangkuk santan
Minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar*, rempah ratus, halia dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma. Tambah sedikit air dan kacau.
3. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam disaluti rempah dan bertukar warna
agak keputihan. Tuangkan santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan
kentang dan masak sehingga kentang lembut.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan bawang besar dan cili hijau yg telah dibelah. Kacau sebentar dan bolehlah
dihidang dgn nasi.
Share |

4 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kak zai! alahaiii sedapnyerrrr lah nasi beriani dgn set dia tu, kita tak pernah masak kurma lg, makan pernah itu pun rasa dah lupa ehehe... nanti nak cuba buat rempah dah lama mak kita poskan sampai skrg tak guna2 lg rempah kurma tu :D

Chik Mimi berkata...

salam kzai nmpk sedapnya lepas tu kena cakap arab ler pulak ye

Ayu berkata...

salam kzai, apasal boleh termiss kzai punya entry ni ya..scroll down kat blog list mungkin terlepas kot?..
nasi beriani arab, apa perbezaannya dgn nasi beriani yg biasa tu kzai?..
I meant rasanya..

maz berkata...

salam kak..duk tgk wak ckut ke tu kak..ke msih kat opis lgi..mai nk mtak nsi bryni arab kak ni..leh wak brbuka nti..ada lgi ke tu kak..