Isnin, Ogos 16, 2010

Potato Croquette

www.tips-fb.com
Ni menu masa cuti2 gak ni...balik keje mane nak sempat nak ngentel2 ni semua kan...time keje terjah bazar juadah aje lah...enak dimakan panas2 ni...resipi dr Yani@MyR..dah leh buka MyR skrg...

Bahan-bahan ( 8 ketul ) - akak wat kecik2 sikit dpt byk gak

  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang- letak ayam
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng


Cara-cara

  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh
Share |

6 ulasan:

ijayuji berkata...

Kak zaiiiiii dtg malam2 niiiii, comel kalau buat kecik2 budak2 pun mkn tak kecah sgt gigit 2 kali dah habes :D kalau gigit byk2 kali sure berterabur yg garing2 luarnyer tu.. akak buka apa tadi ni? nak bwk balik eak belen2 tu :D akak tak yah ssh2 kita ambk sendirik :D macehhh!

Jamie berkata...

sedapnya..hujung minggu nih boleh cuba.. bahan-bahan semua dah ada.
Selamat berpuasa K.Zai...

Ayu berkata...

salam kzai,
sedap ni buat snacking for iftar..
budak2 mesti suka..

LENDANUAR berkata...

kzai..hmm sedap ye kroket kentang ih....lenda dah penah buat dulu...rasanya ala2 pegedil omputih ler...kalo pegedil melayu xder pakai serbuk roti kan.togel jer.hihiihihi

indahhouse berkata...

Salam ramadhan kak zai,
Comelnya potato croquete tu. Macam nuget pulak. mesti sedap ni.
Bagus buat kudap2 lepas tarawih :)

Chik Mimi berkata...

salam kzai sedapnya kak,tp sy umah kena masak nasi aje sbbnya anak2 nak berbuka dengan nasi saja