Khamis, September 02, 2010

Puding Cendol

www.tips-fb.com
Orang lain sibuk tayang sekut raya...kita tayang dessert utk bbuka je lah ye...ramai dah wat puding ni...dah lama juga tingin nak wat puding ni...bila nak wat je..bahan2 tak cukup plk..kadang2 lain bahan ada...cendol plk takde..sedap banget puding ni...tapi tak berape cun...mcm tak cukup cendol je...jd mendap kt bwh tu...resipi dr tungtung15@MyR..tima kasih atas resipi yg sedap...


Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

  • Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir- letak 1 cawan gula
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
  • Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air- saya letak 600ml
  • 200gm gula merah- letak 150gm
  • 300ml santan pekat- letak santan kotak 200ml + 100ml air
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Bagi Lapisan Bawah
  2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
  5. Bagi Lapisan Atas
  6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
  9. P9070107
    Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
  10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.
Share |

7 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kak zai! uuwaaa..sedap mmg puding ni mkn sejuk2 mmg best.. lapis2 gitu sbb byk air, santan akak kurang pekat kot sbb tgk komen2 yg ada kat situ yg hasilnyer lapis2 kata kak g byk air tak pun santan tak pekat, tapi kan kita suke sbb ada 4 lapisan hihih cantek!

ilahjy berkata...

mengancam tol... teruja ilah tengok.. teringin nak makan tapi malas nak buat cendol.. boleh antau sepiring ke dato keramat? ehehe..

K.Nor berkata...

jd cam 4 layer la k.zai :) tp maintain sedap kan :)

Chik Mimi berkata...

kak zai cantiknyaaaaa puding akak tu

maz berkata...

kak xcun takpe janji sodapkan..tpi bgi kita dah cun melecun sngat dah tu..nti antor kat kita 3 ktoi ye..

pearl apple berkata...

sukanya..suka sy dgn puding..akak..respi puding roti ada tak?

Cik Pulau berkata...

sedapnya.. nanti nk try buat la..berair mulut tengok ni..hehe