Jumaat, Oktober 01, 2010

Orange Moist Cake & Swiss Meringue BC

www.tips-fb.com
Kek ni tempahan dr kawan ofis..sempena hari jadinya...kawan ni nak kek oren yg menjadi kegemaran ibunya...mmg moist kek ni...akak buat dua biji..satu utk makan2 je...dah lama tak mendeko..tangan mcm keras je nak pegang nozzle..resipi dr Rinnchan FP dan icing akak cuba wat swiss meringue buttercream supaya tak rasa manis sangat...resipi akak amik dr dapur Hana yg resipi asal dr Wendy...sedap butercream ni...t.k keduanya...

ORANGE MOIST CAKE - Sumber resipi dr Rinnchan FP

Bahan-bahan :
240gm majerin
1 cawan gula caster
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
3 sudu besar Orange Sunquick
Parutan kulit sebiji buah orange

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima.
3. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung di selang-selikan dengan susu hingga habis.
4. Masukkan pati orange Sunquick dan parutan kulit orange.
5. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 45 minit atau sehingga masak.


RESEPI SWISS MERINGUE BUTTERCREAM
Source: Wendy

Bahan-bahan
  • 60gm putih telur (lebih kurang 2biji size L)
  • 100gm gula - hana kurangkan sedikit
  • 170gm butter tanpa garam (keluarkan dari peti sejuk dan potong 10-12 ketul. lakukan sebelum panaskan putih telur utk mengelakkan butter terlalu lembut jika dbiarkan suhu bilik yg lama)
  • hana tambah 1sk jus lemon
Cara-cara
  • Panaskan air di dalam periuk. Satukan putih telur dan juga gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air panas tadi. (kawal kepanasan agar tidak terlampau panas sekitar 65c sahaja). Kacau menggunakan hand whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 min. Adunan akan kelihatan seperti krim marshmarllow.
  • Pindahkan ke dalam mangkuk lain. Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk yang lain yang diisi air paip dan 3-5 ketul ais (jangan terlalu sejuk! agak2 sesejuk air hujan). Pukul lagi adunan telur lebih kurang 5 min dengan kelajuan sederhana sehingga meringue@kental dan berkilat.
  • Masukkan butter sesudu demi sesudu dan teruskan memutar sehingga very smooth dan kental lebih kurang 6-10min. Boleh letak pewarna yang disukai.
  • Siap
Share |

4 ulasan:

hana berkata...

salam kak... cantik banget tuh! kita pong suka buttercream wendy tuh.. tak mudah cair n senang nak lepa..

Unknown berkata...

Salam KZai...
Pandainya KZai Masak Kek....Tentu Sedap Ni...Rupanya Mmg Dah Tergoda!

leen hussain berkata...

salam kak...menggodanya kek oren tu kak...kiv dulu resipi..heee

Ayu berkata...

salam kakzai,
aduhai cantik banget deco akak tu..orange cake i like!!