Kalau guna pastry ni mmg elok dibuka kipas oven masa membakar,sbb nnt pastry naik dan rangup..bagi oven yg ada kipas lah..ikut pd oven memasing lah kan.Tapi mmg elok jugak pastry ni dijadikan stok dirumah kalau ada kes tetamu yg muncul tetiba atau kadang2 tingin nak mkn atau nak buat sesuatu ke...akak letak jugak lah resipi semula disini ye..
PAI AYAM 'MELBOURNE'
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")
BAHAN:
Untuk inti pai (filling)
1 cawam isi ayam- dihiri nipis
1 cawan cendawan butang- dipotong nipis
1 tin cendawan butang sup Campbell
1 tin(kecil) kacang pis (sekiranya suka)
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 cmb lada sulah
2 cmb mentega/minyak
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
sedikit air (sekiranya terlalu pekat)
UNTUK KULIT PAI (PASTRI) - akak guna puff pastry jenama "kawan"
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
atau
KULIT PASTRI SEGERA
CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan mentega.Goreng bawang besar hingga kekuningan.masukan isi ayam dan biarkan seketika.
2.Masukan cendawan butang sup Campbell,ubi kentang,kacang pis,air dan lada sulah.Kacau hingga sebati.
3.Setelah masak,angkat san ketepikanseketika.
4.Canai kulit pai san letakan ia sebagai lapisan bawah(base)dan bakar seLama 5-6 minit- akak guna pff pastry jenama 'KAWAN'
5.Tuangkan isi pai yg dimasak tadi keatas base pai.
6.Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai tadi sebagai lapisan atas.
7.Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 cmt air utk mengilatkannya.
8.Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.
TIPS:
*Nora galakan menguna kulit/pastri segera kerana ia senang dimasak.Sedap dan menjimatkan masa.Ia bolih dibeli dikedai biasa atau dipasar raya.
*Jangan masak terlalu lama sebab inti pai itu tadi sudah pun hampir masak.
*Sekiranya tidak mahu membuat base pun tidak mengapa.Cukup dgn kulit diatas sahaja
*Sesuai juga utk beginner tetapi mesti ikut arahan dgn betul.*Jangan masak terlalu lama sebab inti pai itu tadi sudah pun hampir masak.
*Sekiranya tidak mahu membuat base pun tidak mengapa.Cukup dgn kulit diatas sahaja
8 ulasan:
salam kak zai..
memang sedap pai ni... anak2 saya semua suka.. thanks kak sudi share resepi dari buku tu ye...
p/s: sy mintak izin lagi nak c&p resepi kek epal dari syurga ke blog sy ye... sedap kek tu... thanks again!
kak zhai....tergoda tengok pai tu...cantiknya...elok2 jer garingnya....compomm sedappp bangat ni..he..he...
akak... terliurnye tgk pai ayam akak tu... 2/3minggu ni mmg terasa2 nak makan chicken pie... tgk akak punye ni, wallahhhhhhh!!!! terbangkit semangat....
salam kzai,
ini macam chicken pie tu ke?..
cantik lah kak..macam jual kat kedai punyalah!! macam mana akak boleh dapat pattern2nya kat atas tu kak..akak potong kecik2 the pastry puff nya tu ke?.
ya'ampun..pai ayam..peberet cikmin ni k.zai...ada lebih tak? :P
wahh nice resepi ni.. kena cuba gak ajak teman2 dtg rmh ptg2 minum tea.. ;)
first time kayrul buat nie. semua org puji sedap kak. minta izin nak copy resepi ye kak
Kzai>>kayrul-shah
Silakan lah..
Catat Ulasan