Ahad, April 17, 2011

Butter Bread Pudding 3

www.tips-fb.com
Dah banyak kali sebenarnya wat puding ni...puding yg menepati citarasa...letak roti lebihkan sikit lagi sedap dan buat 2 adunan...kali ni wat untuk dibawa ke ofis kerana ada acara makan2...kawan2 pun dah lama teringin kan puding ni...jadi merajinkan diri utk memuding....takpe lah letak resepi sekali lagi ye...macam biasalah resepi dr Yani @MyR






Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 2 keping roti- letak roti 4 keping
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)




Cara-cara

  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.
Share |

8 ulasan:

Nazrah berkata...

nampak sedap puding ni....warna pun cantik jer

azi berkata...

Salam Kak Zai...
Akak..nampak sedap ler puding akak tu....masakan akak semuanya sedap..saya dah cuba...memang best...

Unknown berkata...

cantiknya nampak puding ni...

Mamasya berkata...

Assalammualaikum K.Zai

Nampak sedapnya puding roti k.Zai tu...cantik posing .....rasa nak ceduk je masuk piring...hi..hi..

taio berkata...

que bien huele

Wattie berkata...

Assalamualaikum Kzai,
Menariknya nampak puding ni. Saya pernah cuba buat dulu, mmg sedap sangat puding ni, anak anak siap pesan suruh buat lagi.

CT Delima berkata...

Assalamulaikum kak zai :D

ct suka makan puding, tak kira apa puding semua ct bedal asal ada yang sudi nak bagi free makan.. hehehe. tak adalah..kalau dapat buat sendiri lagi puas hati, cuma kena buat sikit2 lah kang buat banyak2 kena buat open haous lah pulak.. hihihi

Nur68 berkata...

Assalamualaikum kak Zai:

Been a silent reader all this while, terpanggil lak nak tanye ni, hehehe,
Nak tanye, karamel tu puding karamel ke?...Nak buat resepi ni tp tak faham bab karamel tu...

TQ