Jumaat, Jun 17, 2011

Pengat Pisang Bersagu

www.tips-fb.com

Lama tak wat pengat...haritu jiran sebelah rumah akak balik dari kampung dan beri buah2an dan sayuran kampung...termasuk lah pisang abu sekali.Masa dia bagi pisang ni tak lah berapa masak lagi...tapi kena peram dulu sebelum digoreng...tup..tup...bila teringat akan pisang ni dah agak ranum pulak.Jadi jalan terbaik dan paling senang sekali kena buat pengat lah nampak nya..lagi pun pengat pisang memang fav akak.Sebenarnya pengat pisang ni buat untuk minum petang tadi...tapi malam baru sempat posting...sbb petang tadi akak keluar untuk berjumpa kawan sekolah yg dah loose contact...rinduuuu...nyaaaa!!!...jumpa je terus peluk cium...



Pengat Pisang Bersagu

Bahan-bahan:
8 biji pisang abu
1 keping gula kabung/gula merah
1/2 cawan gula pasir (ikut kemanisan masing)
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Sedikit biji sagu - basuh dan toskan
2 helai daun pandan - disimpul
Sedikit garam- untuk melemakkan rasanya



Cara-cara

  1. Pisang di potong bulat serong atau ikut suka.
  2. Daun pandan di siat2 kemudian di simpul.
  3. Masukan semua bahan ke dalam periok kecuali pisang dan sagu.
  4. Masak dengan api pelahan , sentiasa kacau pelahan2..sehingga mendidih.
  5. Masukkan biji sagu,pisang dan bila dah empok, tutup api.
  6. Sejukkan..masukan dalam peti sejuk lagi sedap..sedia untuk di makan..
Share |

12 ulasan:

Sizuka berkata...

k.zai,

saya suka sangat makan pengat pisang. kalau bulan puasa, memang tak miss buat pengat pisang at least seminggu sekali :)

Ida,Japan berkata...

K'Zai..nak pengat pisang dan nk mintak daun pandan sikit boleh

Amie berkata...

assalam,
warna pengat tu mengundang selera kita....yummy!

ijayuji berkata...

Salam kak, aduhhhhhhh sedapnyerrrrrr!! baru nmpk kat umah kak mimi ni dah ada kat umah akak sedappppp!!! suke letak sagu :D

Mas berkata...

sedappnya pengat..
cicah ngan roti best ni...

HomeKreation berkata...

Salam KZai. Mak Along mesti buatkan ni tuk ALong tiap2 kali balik kampung.... huuuu sedih pulak.

Scorpio Warrior berkata...

suke makan sagu dieee. hihihi sedappp!kalo pengat pisang+sagu, sagu habis dulu baru pisangnyer. haha

Hafizah Mohamad berkata...

Sedapnyer kak Zai...fiza suke...nampak pekat likat....wah sedapnyer...ni buat kecur air liur ni...sluuurrrppp...lapo la pulak...=)

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum kzai..
nampak sedap pengat pisang tu akak...
mmg x perah lg buat selama nie..

LiNa_Pg berkata...

salam kzai, sedap pengat tu..kuah pekat2 gitu mmg peberet saya. saya follow Dapur Comel ya..

azi berkata...

Salam Kak Zai..
Akak..pengat pisang bukan kegemaran saya..tapi bila tengok akak masak...terliur sangat saya...tu lah saya cakap..akak kalau masak..mesti nampak sedap dan membangkitkan selera...

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World berkata...

Sedap ni kena dengan biskut kering. Boleh la buat petang nanti.