Sabtu, Ogos 06, 2011

Nasi Ayam Ipoh Mali Punya...lagi!!!!

www.tips-fb.com
Bila dah hari2 menghadap dapur...tak tahu menu apa pulak nak disajikan...kalau bukan bulan puasa,masak cincai2 pun takpe,sbb bila2 masa bolih makan.Bila tiba bulan ramadhan nak kena masak menu yang agak2 bolih menampung perut seharian berpuasa.Kat umah akak ni kalau waktu sahur memang tak sentuh nasi langsung...bila waktu bersahur macam bersarapan saja..makan ringkas2....memang dr azali dah ni...perut memang dah set...tak bolih terima yang berat2...makan roti atau yang instant saje...tapi waktu bbuka mesti tuju nasi dulu.Semalam akak masak nasi ayam je dan dgn kuih muih yang di beli di Bazar...resepi ni dr Quinnie@My Resepi...dah pernah cuba dulu...Hari ni nak masak ape ye...mungkin gantung piyuk belanga kot...yelah hujung2 minggu lah kata kan...



Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • *BAHAN HIASAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara-cara:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Share |

13 ulasan:

Kak Sam berkata...

Bestnya

azi berkata...

Salam Kak Zai..
Kak Zai kalau masak..memang no.1..nampak sedap dan menarik sangatttt...:)

Sizuka berkata...

k.zai,

hari ni saya nak buat nasi ayam. terliur tgk nasi ayam k.zai :D

Ida,Japan berkata...

sedapnyer nmpk asi ayam ipoh ni k'zai....satu hari harus ida cuba..

ijayuji berkata...

Salam kak zai!!! Sedapnyerr! nak buat nasi ayam ni jugaklah ari ni! hihihi... tgh kekosongan idea niii :D Ni kita bg link kat akak, sbb kita leh masuk MyR :D REsepi asal kak Quinnie MyR >>http://www.myresipi.com/top/detail/6967

Mas berkata...

memang best nasi ayam ni..
mas pun pernah buat..

kak ina kl berkata...

salam dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia. Memang suka buat nasi ayam guna resepi ni

Juwita Jamaludin berkata...

kak zai.. nasi ayam ni ita tak pernah buat lagi harus terai ni kak. dulu suka makan kat ipoh tu memang sedap

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum akak...
waaaah tgk nasi ayam tu mmg menyelerakan sekali... mmg fav kalau bab nasi ayam nie... x jemu makan... sedaaaap!

nOOrsha berkata...

nyumnyumnyum..mmg sedapppp...:) aritu baru buat utk berbuka.. huhuh..licinnn...:)

Mamasya berkata...

k.Zai..samalah menu berbuka kita..nasi ayam cuma versi yg berbeza.

nurmisnan berkata...

naper tak posto kak zai
meleleh ler.. huk3

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Zai,
Kite pun sekarang dah tak boleh makan berat2 waktu sahur. bukan apa, waktu buka dan sahur dekat2. kenyang berbuka tak habis lagi dah kena sahur. fengsan. heheh :)

Apepun, kalo buat nasi ayam time berbuka mabeles jugak ni :D

Ijan