Isnin, September 12, 2011

Strawberry Cheese Tart

www.tips-fb.com
Assalamualaikum...masih dibulan syawal lagi...hari ni nak masukan N3 yang tertunggak...strawberry cheese tart yang dibuat masa dua hari lepas...projek ni buah tangan untuk SIL sempena makan2 dihari raya pada sabtu lepas...tapi shell dah ter'ireng' sikit bak kata orang jawo...tu yg nampak gelap sikit.Sempat juga akak buatkan juga sebiji Victoria sandwich cake yg nastolgia tu..


Buat lebih sikit dan dihidangkan pada tetamu yang datang beraya...resepi akak guna resepi Azita
dah ramai yg cuba resepi Azita tokey cheese tart ni...tima kasih Ita..akak minta izin share disini plk ye...akak buat dua adunan.

Tart Crust/Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Shell tart dah siap untuk dibakar...

Cream Cheese filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.




Strawberry cheese tart..baru keluar dr oven..dh sejuk dipakaikan baju plk...


Cara-cara (Step by step)
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
Dah siap pack untuk dibawa...

Victoria sandwich cake...satu dah dibedak...lagi satu belum makeup lagi..sbb yg ni nk bawa kerumah anak buah plk pd hari ahad semalam...
Share |

10 ulasan:

dZana berkata...

sedapnya kakzai CT tu.. cantik sgt kejadiannya.. Selamat hari raya maaf zahir n batin..

Juwita Jamaludin berkata...

lawa2 kak.. sedapnya tart.. ita suka sangat tart

Kak Am berkata...

slmt hari raya zai, wow.. cantiknya cistat dia..

Kak Sam berkata...

Ya Allah rajinnya

IXORAROXI berkata...

cantiknya cheese tart Kzai buat ni..tumpang tengok tumpang telan air liur ya :)

Chik Mimi berkata...

selamat hari raya kak zai cantiknya suka dengan hasil kerja tangan akak mabeles

Kayu Manis berkata...

selamat hari raya,sedapnya....

nurmisnan berkata...

bila ler cik posto2 nak datang dari
rumah kak zai hantar cheese tot nih
geram jer.. balik Msia blh buarkan tak??

nak air tgn kak zai gak... hu5

azi berkata...

Kak Zai..
cheese tat tu kegemaran saya kak..nak buat tak pandai ..order dengan adik ofis...sampai hari ni tak dapat2...
Kalau akak dekat..saya dah order dengan akak dah...akak kalau buat kuih memang AAAAAAAAAAAAAA...

muna mahdzar-fadaaq berkata...

cute sangat cheese tarts!