Sabtu, Januari 31, 2009

Curry puff

www.tips-fb.com

Memang dah lama nak mencari PUFF PUSTRY ni....baru berjumpa,selalu dikedai jumpa pratha segera je...masa pergi jenjalan ke IKEA di Damansara dgn kakak dan anak2....selepas minum di A&W kat situ....singgah sekejap nak cuci mata di IKANO yg berhampiran dan kebetulan ternampak supermarket COLD STORAGE...bila terpandang supermarket tu...dlm kepala dah terbayang PUFF PASTRY ni...terus masuk,bila belek2 kat bhgn frozen food...maka ternampak lah benda alah ni..seronok betul bila dah jumpa benda yg lama dicari...terus rembat 5 pek...harga pun tak mahal,utk 1 pek ada 10 keping....puff pastry ni memang naik gebu dan berlapis2 bila dibakar...macam puff kat kedai,tak rugi kalau kita simpan untuk buat stok kecemasan.....maka pd hari sabtu bermulalah projek ni.....resipi ni copy dr blog CMG..tapi diolah sedikit bahan2nya ikut citarasa sendiri dan mengikut bahan2 yg ada dlm stok...takpe kan Mat...terima kasih.....

BAHAN-BAHANNYA :
1 pack puff pastry jenama "kawan"...boleh lihat contoh dibawah
1 kuning telur, untuk disapu

BAHAN INTI :
2 biji kentang, kupas dan dadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar serbuk kari ikan
3/4 camca teh serbuk lada hitam
5 batang crab stick,dipotong dadu
1 cawan air
Beberapa helai daun kari
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan daun kari hingga wangi, masukkan bawang putih, kacau rata dan tuang sedikit air. Masukkan rempah kari dan masak hingga garing,kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kentang , kacau dan tambah air. kecilkan api dan masak hingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan crab stick dan sedikit garam secukup rasa, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Sejukkan inti sepernuhnya...
  2. UNTUK CURRY PUFF :- Ambil sekeping pastry puff (berukuran 4 x 4 inci), potong dua, isikan inti pada satu bahagian puff, dan bahagian satu lagi dikelar tapi jangan putus. Letak atas inti tadi dan tekan tepinya dengan garfu supaya melekat dengan pastry bahagian bawahnya. Alihkan ke dalam loyang pembakar yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Sapu kuning telur pada permukaan pastry . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit. Kalau oven ada fungsi kipas, boleh gunakan untuk membakar. Sejukkan atas jaringan.


GAMBAR PUFF PASTRY SQUARE


Share |

5 ulasan:

Haniss berkata...

Salam kak Zai.....
baru tau cap kawan ni ada puff pastri juga, boleh lah mencuba lepas ni...tapi bila errrrrr, dalam minda macam2 nak mencuba...

Haniss berkata...

kita pun ada rumah baru jugak...masih renovate serba sikit lagi...almaklumlah kontraktor kelas F lambat la skit....

http://rahaniss.blogspot.com/

Tupperware Lover berkata...

Tks letak gmbr tu.. Selama ni dok guna yg plain paratha tu je. Tak tau ada yg betul2 puff.. Agak2 kat jusco or tesco ada tak? Again, tks for sharing :)

K.zai berkata...

Kzai >>Tupperware Lover

Pastry ni byk dijual dipasaraya sepertiJ.Jusco,Giant,C4,Hero,Tesco...cubalah cari ye...sng didapati..

Unknown berkata...

waw enaknya.....

























Obat Herbal Jelly Gamat Gold G