Sabtu, Januari 10, 2009

Muffin coklat

www.tips-fb.com

Hari tu...jalan2 dan ronda2....tengok muffin coklat dirumah Boxhousestudio,teringin pulak nak makan dan tengok bahan2nya pun mudah dan nak buat pun ringkas je....dan terus kedapur..... sebab bahan2nya memang dah ada dan takut expired pulak.Muffin ni mmg mewah dgn rasa coklat,sbb pakai tepung sedikit saja...tapi bila dah masak dan keluar oven nampak macam gunung berapi dah meletup lah pulak..... rekahan terlebih sangat....w/bagaimanapun tetap sedap dan moist bila dimakan dan tak padan dgn rupanya....



Muffin Coklat
Sumber : Boxhousestudio -Yani (myresepi)

Bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
Share |

Tiada ulasan: