Sabtu, Januari 10, 2009

Pulut Sambal

www.tips-fb.com
Pulut sambal ni memang feberet....teringat zaman hingusan dulu2...time sekolah memang suka beli pulut sambal ni dikantin...tapi
dibungkus dengan daun pisang...wangi je baunya...aroma dari daun pisang tu...sambalnya macam sambal ikan bilis nasi lemak ataupun sambal goring kering ikan bilis,tp kalau sambal goring diletak kelapa parut diatasnya.....hari tu tgk kat rumah madiha,Jasmeen dan zaiy,pulut makan dgn ikan masin,sedap juga....resipi tanak pulut ni kita C&P dari madiha fp...t.kasih madiha...


Pulut sambal

Bahan2
3 pot beras pulut
Air secukupnya
Sambal tumis ikan bilis
Kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam

Cara Masak Pulut
1. Gunakan periuk elektrik (lebih mudah tak berkerak )
2. Cuci beras pulut spt biasa.
3. Masukkan air sehingga air melebihi paras beras anggaran 1 cm sahaja.
4. Petik ler periuk elektrik td spt masak nasi biasa
5. Hidang pulut tanak sambal tumis ikan bilis & kelapa parut yg digaul sedikit garam.
Share |

Tiada ulasan: