Isnin, Februari 09, 2009

Banana Banana Bread

www.tips-fb.com

Olih kerana teruja dgn hidangan kat rumah Zana tempohari,maka terhasilnya menu ni. Kepada sesiapa penggemar pisang.....banana banana bread ni memang memikat selera....namanya pun berganda,maka kesedapan nya pun berganda juga....rasanya pun lembab...x seperti kek pisang yg biasa....memang moist lah...resipi ni c&p je dr blog Zana,asal dr koleksi resipi Diana..terima kasih kedua2nya...Zana selongkarlah resipi yg sedap2 lg ye....hehehe...



Banana Banana Bread
Sumber: Allrecipes.com

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula perang
2 telur, dipukul sedikit
2 1/3 cawan pisang, dilenyek

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'C. Sapukan mentega dan salutkan dengan tepung loyang loaf berukuran 9 x 5 inci.
2. Dalam mangkuk yang besar campurkan tepung gandum, baking soda dan garam.
3. Dalam mangkuk mixer, pukul mentega dan gula perang sehingga kembang. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
4. Kemudian masukkan pula pisang yang telah dilenyek. Masukkan adunan pisang yang telah disediakan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi dan gaul sekadar ia sebati.
5. Tuang adunan kedalam loyang. (D taburkan permukaannya dengan oats). Bakar selama 60 - 65 minit sehingga lidi penguji keluar bersih. Biarkan ia sejuk selama 10 minit, kemdian boleh diterbalikkan diatas redai.
Share |

2 ulasan:

dZana berkata...

dtg umh kak zai..tumpang mkn banana bread.. nmpk lebih sedapp..mcm terasa2 kat tekak ni..

zana @ ros hassan berkata...

aritu kek pisang ni roti pisang plak....tergoda juga nih...nanti cheq nak terai gak le. ye lah k/zai bebudak ngan air...t/hari pun depa pi mandi lagi kat kolam..siok sungguh.