Khamis, Februari 26, 2009
Banana Crumb Muffins
Petang semalam,lepas balik dr ofis,sempat lagi buat muffin ni....dah lama sebenarnya nak menggodek muffin ni...bila ada masa nak buat, pisang pulak xde....bila dah beli pisang....x sempat plk nak buat....iishhk....tapi sekali ni beli pisang...terus menggodek.....takut pisang tu busuk...pisang ni,bukan tahan lama sangat.....muffin ni mmg sedap,gebu dan rangup bila dimakan...krapp...krupp....sbb diatasnya ada taburan topping....selalu anak p'puan x suka mkn muffin drp pisang,tapi bila buat ni,dia bolih makan 3,4 ketul plk...x rugi mencuba...mmg sedap....resipi ni ambik dr blog Diana(Koleksi Resipi Diana)........terima kasih D...akak c&p je yer...
BANANA CRUMB MUFFINS
Sumber: Allrecipes.com
Bahan-bahannya (Untuk 10 biji)
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
3 biji pisang, dilecek
¾ cawan gula
1 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan mentega, dicairkan
1/3 cawan gula perang, dipadatkan (D guna Muscovado Dark Brown Sugar)
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega
Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 190’C. Sapukan loyang muffin dengan mentega atau boleh gunakan muffin cups.
2. Didalam mangkuk yang besar, campurkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan garam.
3. Didalam mangkuk yang berasingan, campurkan bersama pisang, gula, telur dan mentega cair.
4. Campurkan adunan pisang kedalam adunan tepung tadi dan gaul sehingga adunan sebati. Sendukkan adunan kedalam muffin cups yang telah disediakan.
5. Didalam mangkuk yang kecil, campurkan gula perang, 2 sudu besar tepung gandum dan serbuk kayu manis. Masukkan 1 sudu besar mentega dan ramas menggunakan hujung jari sehingga ia berketul-ketul seperti serbuk roti. Taburkan topping diatas adunan muffin.
6. Bakar didalam ketuhar selama 18 – 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.
Nota D: D lebihkan bahan-bahan untuk topping agar rasanya lebih ummphhh… Sedap you…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
yatt respek k.zai.. dahlak kemas buat muffin di hiasi indah dengan stand kek yg di minati yatt... bukan je yatt kot semua kaum wanita... anak-anak n hus mesti suka bila muffin yg gebu tu tersegam indah di stand pinggan yg berbunga2 tak tahan yatt tgk. k.zai
salam...kak zai punya describe krup krap krup krap mkn tu yg tak tahan nih...laksa sarawak kat bawah tu pun, fuyooo bestnya
Catat Ulasan