Ahad, Mac 01, 2009

Laksa Johor

www.tips-fb.com

Pada hari ahad buat laksa Johor kegemaran keluarga...dah lama juga tak pekena dengan laksa Johor ni....windu pulak rasanya...laksa ni buat untuk makan tengahari,menggantikan nasi lah konon2...kadang2 tu jemu juga makan nasi bila time cuti ni...kadang2 tu tak tau lauk apa nak dimasak pulak...takde idea....laksa ni pulak buat banyak....haaa...santak sampai kemalam kenyang...takyah makan nasi...malam pun tibai ni juga...hehehe....



Laksa Johor

Bahan2 :
2 kotak spaghetti
Air secukup nya
sedikit garam

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk + sedikit garam dan masukkan spaghetti dan biarkan kembang.
2.Bila dah kembang toskan airnya utk mengelakan ia melekat bolih disiram dgn air paip.

Bahan kuah:
5 ekor ikan kembung/selar/700gm ikan tenggiri- di rebus dan buang tulang
200 gm udang hidup- buang kulit dan direbus
udang kering- rm2.00
50 gm serbuk kari/agak2 kesesuaian rasa
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu ketumbar
1 inchi kunyit
1 inchi halia
1 inchi lengkuas
4 batang serai
5 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
sepotong belacan
2 biji buah keras
4 cawan santan(2 cawan cair/2 cawan pekat) - atau 2 kotak santan kotak(campur dgn air rebusan ikan)
10 tangkai cili kering/ikut kesesuaian rasa
2 sudu besar kerisik
Sedikit minyak utk menumis
sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa

Bahan 2 ulam:
2 btg timun - dibuang empulur dan dimayang bulat
Kacang panjang- jika suka
250 gm taugeh- kalau suka tak perlu dicelur
Daun kesum - dihiris
sedikit daun selasih - dihiris
Limau kasturi
Sambal belacan- cili padi,belacan,garam ditumbuk dan dicampur dgn sedikit air



Cara:
1.Ikan,udang direbus berasingan kemudian dimesin- airnya disimpan utk dicampur dgn kuah
2.Rendam cili kering dlm air panashingga kembang dan dikisar berasingan
3.jintan manis dan putih,ketumbar,bwg putih,bwg merah,udang kering,serai,buah keras,belacan,kunyit,lengkuas,halia dikisar halus.
4.Panaskan sedikit minyak untuk menumis cili kering kisar dan bahan2 lain yg dikisar hingga wangi,masukan serbuk kari sehingga naik baunya.
5.Masukkan isi ikan dan isi udang yg dikisar dan gaul rata,kemudian tuangkan santan,kerisik,asam gelugor dan garam.Kacau hingga mendidih dan pekat dan naik minyak.
6.Sebelum dihidangkan,hias spaghetti dgn ulaman.Hidang bersama kuahnya. Selamat mencuba...
Share |

9 ulasan:

ZaiY berkata...

sedapnya laksa johor..dh siap terhidang tggu sapa mai tu? tggu saya ke?

nor berkata...

sedapnya laksa Johor tu..mmg feveret saya tu...ish..bila la nak buat..lama dah tak makan..kalau dkt dah huluq pinggan dah...

mamasya berkata...

Salam K.Zai...

Semua laksa saya suka. week end lepas ingat nak buat laksa johor tp last minit tukar menu buat laksa penang saja....nak cepat masak.
Tq K.zAI, bagi award..dah bawak balik.nak bawa balik laksa Johor dgn pinggan2 sekali boleh?...he..he

zana @ ros hassan berkata...

sedap ni laksa johor. zana pun dah lama tak wat dan dah lama tak makan laksa johor....awat tak habag kat cheq kata k/zai wat laksa johor, klu tak, leh cheq pi ketuk pintu minta semangkuk muahahaha

Hajar berkata...

salam ...ari tu laksa sarawak, now laksa johor pulak...sedapnya, kita tunggu laksa kelantan pulak k.zai...
t/kasih byk bg award...muahhhh

princessharyati berkata...

suka sgt laksa johor masa peknen ank no 2.. nor -dubai casa quasis tu yg tolong masak n bg kt yatt sedapp.. sekrg tgk lagi laksa ini mmm..sedapyek .. k.zai ada ym tak ? nnti kalu ada add yatt princessharyati@yahoo.com

inahar ali berkata...

salam k.zai..family kitorg punya resepi laksa johor ni simple sikit...lebihkurang resepi k.zai ni cuma x letak jintan2 & ketumbar serta serai tu seme x letak cuma main serbuk kari je! nnti lehle try cara k.zai ni pulak

Jasmeen berkata...

frankly, i br sekali jerk tau mkn laksa johor...lamaaaaaaaaaa dulu...nak buat malas la pulak..heheheh

shima berkata...

ya Allah...laksa johor pujaan kuuuu...iksh3...blk cuti aritu sempat ngedeng ngan MIL nk mkn laksa ni mmg besh giler! sedap sgt2..tp bila tgk bhn2 dia mmg mewah tui kan kak zai?? kira dlm byk2 laksa yg ni plg mahal laa kot..heeee tenggiri..udang fresh..etc