Sabtu, Februari 21, 2009

Chicken Bread Crumb Roll

www.tips-fb.com

Petang semalam buat chicken bread crumb roll ni,haritu teruja tengok kat umah ummi menghidangkan menu ni....dah lama berhajat nak buat...bread crumb pun dah lama tersimpan...takut expired plulak nanti....baru semalam berkesempatan...anak2 dan hb suka kalau kuih yg goreng mcmni atau dibakar.....lagi pun sedap dan mengenyangkan....betul kata ummi....terima kasih ummi tumpang c&p je yer.....tp ada tambah sikit bahan2nya....



Chicken Bread Crumb Roll

Bahan Untuk Inti:-
  • 300 gm daging cincang - sy guna isi ayam
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dipotong memanjang) - x letak
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 5 biji cili padi (hiris halus) - sy guna sebuk kari
  • 4 batang crab stick (dipotong dadu) - sy tambah
  • 1 cawan cendawan butang dlm tin(dihiris) - sy tambah
  • sedikit daun bawang (dihiris halus)

Bahan Untuk Kulit:-

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telor
  • sedikit garam
  • serbuk roti (bread crumbs) secukupnya


Cara Memasak Inti:-
  1. Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
  2. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan kentang dan carrot.
  4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.

Cara Menyediakan Kulit:-

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
  2. Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
  3. Masak dengan api perlahan.
  4. Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
  5. Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
  6. Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
  7. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Share |

Tiada ulasan: