Selasa, Februari 24, 2009

Laksa Sarawak

www.tips-fb.com


Masa cuti ahad lepas masak laksa sarawak...pes nya kirim pada kawan yg bercuti ke sarawak...sebelum ni,tak pernah pun merasa laksa ni....bila tengok kat fp Madiha tuhari,menghidangkan laksa sarawak ni,teringin sesangat lah pulak nak merasanya....kat sini tak pernah lagi jumpa orang jual pes nya....bila dah dapat perencahnya,tu yg tak sabar nak memasaknya....tapi kita tak buat sambalnya...sbb rasa kuahnya pun dah ada rasa pedas.....resipinya c&p dr fp madiha...terima kasih Madiha dah tolong taipkan...akak malas nak taip balik ikut dr kertas resipinya...hehehe....


Laksa Sarawak

Bahan Untuk Kuah Laksa
1 peket (200g) perencah laksa Haji Manan
500 gm udang segar ~ dicuci bersih tapi jangan buang kulitnya (MaDiHa guna 800 gm)
1 ketul dada ayam / boleh gantikan dengan kiub ayam (MaDiHa guna 1/4 ekor ayam ~ guna bahagian dada)
2 batang serai ~ diketuk
500 ml santan (MaDiHa guna santan kotak 400 ml + 100 ml air
2 liter air biasa
garam secukup rasa

Bahan2 Tambahan Lain
1 peket meehon (400 - 500 gm) ~ dicelur hingga lembut & tos
Taugeh secukupnya ~ dicelur sebentar
Daun ketumbar ~ untuk hiasan
4 biji telur ~ dijadikan telur dadar, digulung & hiris (MaDiHa guna 6 biji)
beberapa biji limau kasturi ~ dibelah 2 & buang biji

Bahan2 Sambal
5 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan


Gambar kat bawah ni lah pes laksa sarawak....dan buah tangan pen drp buluh dan Tabaloi,makanan ringan tradisi sarawak....terima kasih Amy.....


Cara2
1. Jerang 2 liter air bersama2 dengan 1 ketul dada ayam tadi. Tunggu hingga ayam masak. Masukkan pula udang bersama2 dengan kulitnya dan biarkan hingga udang masak. Angkat isi ayam & udang lalu toskan. Ketepikan & tunggu hingga ayam & udang sejuk.
2. Sementara itu.. dalam air rebusan ayam & udang tadi.. masukkan serai yg diketuk serta perencah laksa sarawak Hj. Manan tadi. Kacau rata.
3. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan pula garam & santan. Kacau sentiasa hingga kuah masak. Rasakan kuahnya biar secukup rasa. Tutupkan api.
4. Isi ayam rebus tadi disiat2kan halus2 & kopek kulit udang dan letakkan berasingan semasa menghidang.
5. Sediakan pula sambal dengan menumbuk semua bahan2 sambal.


Cara Menghidang Laksa Sarawak
1. Hidangkan meehun yg dicelur tadi bersama2 dengan isi ayam, isi udang, telur dadar yg dihiris, taugeh yg dicelur dan curahkan kuah laksa secukupnya.
2. Taburkan dengan daun ketumbar, sambal belacan & perahkan limau kasturi. Sedia utk dimakan
Share |

3 ulasan:

Mamasya berkata...

Salam K.Zai..

Saya suka laksa S'wak sejak duduk Brunei sbb kalau pergi Miri selalu order laksa S'wak.kat sana pagi2 dah ada jualutk sarapan.
Betul tu k.Zai kalau di Sem mmg tak ada org jual. Pernah buat tp husben cakap macam herba Cina bau kuahnya..he..he..mmg pesnya ada bau cam herba sikit tp bila makan tak rasapun.
re;kat Puncak tak jumpa bunga2.. rasanya kat situ hanya ada ladang teh. abg Syamil sorang aja yg posing sbb adik2nya rehat dlm mobil..penat pusing2 Safari.

Mamasya berkata...

opss baru perasan ada chopstick kat pinggan laksa tu..K.Zai pandai guna chopstick ke....

MyLilBundle berkata...

salam kak zai...
pekabar? lama x singgah umah akak..rindu pulak..ikshh aritu dah menjejeh tgk laksa sarawak kt fp kak madiha tup2 kat sini pun ader..adeii mana nk cekau pes tu kak zai?? lama dah org teringin...akak xde resepi nk wat pes sendiri ker? uikshh sedapnyerr.. (sambil dok lap2 air liur ni haa)