Isnin, Februari 16, 2009

Choco Mousse Brownies

www.tips-fb.com

Hari cuti ahad baru ni buat choco mousse brownies....sbb dah lama juga KIV...kadang2 tu,lain yg dirancang,lain pulak yg dibuat...kdg2 dah nk masuk dapur nak menggodek,ada saja bahan yg tak cukup...pada masa ni...bahan2 semuanya dah cukup dan angin 'R' pun bolih tahan..bolihlah jalankan projek....resipi ni dr Yani MyResipi....tapi kita c&p dr umah Hajar kat Bradford UK nun...haritu terliur tgk Hajar menayangkannya.... macih ye Hajar....




Choco Mousse Brownies

Bahan Untuk Brownies
45 g butter
65 g gula halus
1 biji telur
50 g tepung gandum*
1/2 st baking powder*
1 sb serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)

Bahan Untuk Mousse
140 g coklat masakan
1 sb halal gelatin/2 st serbuk agar2(kita guna vegegel)
100 ml air
2 biji putih telur
200 g whipping cream
40 g gula halus

UNTUK BROWNIES
1. Panaskan oven pada suhu 190 C.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang/putih.
3. Masukkan telur, pukul lagi lebih kurang 3-4 minit.
4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dlm adunan hingga habis dan digaul rata.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga 12 - 15 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek

UNTUK MOUSSE
1. Masukkan gelatin ke dalam 100 ml air, kacau rata dan biar 5 minit.
2. Cairkan coklat masakan secara "double-boiler". Kacau hingga cair. Angkat dari periuk dan masukkan gelatin tadi, kacau sebati dan biarkan sejuk.
3. Sementara itu pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga kental.
4. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga berkrim.
5. Satukan coklat tadi bersama whipping cream ke dlm putih telur, kacau perlahan hingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang brownies tadi.
7. Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam atau hingga mousse keras.
8. Keluarkan dari acuan dan ayak serbuk koko (jika suka) sebelum dihidangkan.


Share |

3 ulasan:

Aishah@Ariffin@Aqil berkata...

wahhhh....nih yg tak tahan nih...dapat seketui pon cukup nih...

ela berkata...

kak zai..cantiknya jadi..ela dah penah wat tapi mousse tu tak keras la..nape ek n satu agi gelatin tak disolve semua..ketul2

zana @ ros hassan berkata...

betui aishah...ni yg tak tahan ni...coklat mousse...sedapnya...tak kira le ngan brownies ke, span kek ke...bak sikit.