Jumaat, Februari 20, 2009

Singgang Serani

www.tips-fb.com

Hari ni masak lauk sempoi2 je...tekak rasa nak makan menu yg mudah dan ringkas yg berkuah dan sedap dihirup....,yg ada rasa masam2.....lagipun dah buntu nk masak ape juga ni...masak apa yg ada dlm stok aje....ikan singgang serani ni mmg sedap dihirup kuahnye...resipi dr CMG kita tu...terima kasih ye Mat,akak c&p je....



Singgang Serani

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol sederhana besar- guna ikan kembung
3 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "MAGGI"- sy x letak
2 batang serai, dititik
Garam secukup rasa dan secubit gula
Air secukupnya
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
1 camca teh lada hitam biji*
10 biji cili padi*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*)..Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk bersama serai, tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan kiub ikan bilis. Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, biar mendidih perlahan hingga ikan masak. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi dan ulam2, kalau nak pedas lagi boleh dimakan bersama sambal belacan...
Share |

1 ulasan:

geraugebang berkata...

Yang ini pun gerau suka. Abah gerau pun suka. Buat pembuka selera katanya. Makan panas-panas. Kalau dapat masak dengan ikan senangin lagi sedap.