Rabu, Mac 11, 2009

Kuah Dhal Udang & Roti Boom Segera

www.tips-fb.com
Buat sarapan pagi dan untuk bawa pergi ofis...Kuah masak pada malam dan roti panaskan pada waktu pagi...resipi dr umah Ummi- Kuantan lagi...sedap kuah dhal ni tau cicah dgn Roti boom segera...hingga menjilat jari...terima kasih ummi share resipi..c&p jer ye....


Bahan:-
300 gm kacang dhal, rendam semalaman.
1600 ml air
3 sudu rempah kari
10 ekor udang basah
1/2 cawan susu cair
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun kari
garam

Cara Memasak:-
Masak kacang dhal dengan air hingga lembut dan masukkan rempah kari dan masak hingga rempah benar2 masak. Semasa hampir masak, ambil sebahagian kacang dhal dan blend hancur. Tuang semula ke dalam periuk. Masukkan udang, susu cair dan garam. Masak sebentar dan tutup api. Dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga layu dan kekuningan. Tuang ke dalam periuk kacang dhal tadi. Siap..
(*Boleh juga tambah kentang semasa memasak kacang dhal)
Share |

1 ulasan:

MyLilBundle berkata...

sedapnyerr roti bom cecah kuah dhal.. lama betui x mkn roti boom nih! x sangka ada yg segera erk? ermm kan best kalau buleh eksport ke UK.. :P