Selasa, Mac 03, 2009

Muffin Coklat

www.tips-fb.com

muffin ni sedap dan mewah dengan coklat...sebab guna tepung sedikit saja...ramai juga kat blog kawan2 yg dah mencuba muffin ni...pernah nampak kat blog Diana,maklang dan lain2...


Muffin Coklat
Sumber : Boxhousestudio -Yani (myresepi)

Bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


Cara
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
Share |

5 ulasan:

princessharyati berkata...

k.zai- amboi2 muffin k.zai.. gemuk dan gebus.. merekah2... cantik atas stand kek tu yatt suka sgt.. inilah perempuan suka yg cantik2 kan.. aaduhh adduhhh

nor berkata...

Salam k.zai....aduh merekah cantik muffin tu...nampak sedap la.k.zai..
betul yatt..stand tu pun cantik...tambah seri hihihi

ZaiY berkata...

kakzai, mmg gebus betul muffin akak ni, merekah2 lagi tu ha..bak seketoi kak..

Aishah@Ariffin@Aqil berkata...

comel je maffin tu nampak pon sedap...bak ler seketui 2...

shima berkata...

tu diaaaa...membuak2 muffin kak zai!! syoknyerrrr...