Isnin, Mac 09, 2009

Pai Tee

www.tips-fb.com
Pai Tee ni pulak buat untuk minum petang...acuan dah lama beli...tapi dok dlm gobok...baru skrng terbuka hati nak buat..... buat kulitnya senang je...ingatkan takut acuan lekat...sbb selalu acuan baru selalu lekat...mudah2an senang sesangat tanggal nya semasa dlm minyak panas...dulu org panggil pai ni..Singapore pai..mungkin berasal dr Singapore kot...rasa2nya ni makanan China Peranakan...kena tanya dgn en. mat gebu kita tu...kulitnya blh buat byk2 dan simpan dlm bekas kedap udara dan bila nk mkn baru buat intinya... resipi ni jumpa kat My Resipi...yelah siBungamekar dah delete resipinya kan...


Bahan-bahan ( 25 biji )

KULIT PAI:
1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
125 ml air
2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 sudu teh garam
Acuan pai tee

INTI:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
1/2 sudu teh garam
Sayuran potong memanjang /parut:
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang
- 1 batang timun
********
1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
Sos pencicah


Cara-cara

UNTUK KULIT PAI:
Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar
Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.

UNTUK INTI:
Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.

***Untuk buat sos ni adalah cara sendiri

UNTUK SOS:

3 biji cili merah

2 biji bawang putih

Sedikit sos cili

Sedkit perahan air limau kasturi/nipis/cuka makan

Sedikit gula dan garam

Cara:

Kisar semua cili ,bwg putih,gula dgn sedikit air hingga hancur, kemudian campurkan sos cili,perahan sedikit limau dan sedikit garam...gaul hingga sebati kemudian curahkan dlm periuk dan jerang atas api hingga mendidih dan sedikit pekat.



Share |

3 ulasan:

Hajar berkata...

salam k.zai...ooo macam tu acuan pai tee, kita ingatkan cam acuan tat tu...jahilnya kita nih...sedapnya, tambah2 dihidang dgn set hidangan yg cantik tu

MyLilBundle berkata...

ya Allah..
sedapnyerr nampak....
mesti rangup jekk kulit tuu
i x penah rasa lg pai tee ni..
betoi ckp kak hajar tuuu cantik sgt2 set hidangan..

Mis's Creative Cakes berkata...

Hi Zai... Pai Tea kegemaran kak mis ler, tolong buatkan untuk kak mis bole...heheh