Isnin, April 06, 2009

Blueberry CheeseCake

www.tips-fb.com
Buat hari ahad baru ni...nak perabihkan stok inti blueberry dlm petiais tu...takut expired plk nanti...tapi x licin tepinye...kena minta tips dr tuannye..hehehe...tapi rasa x lari...hehehe...resipi dr Elianas fp,buat setengah dr adunan asal...loyangnya plk besar,tu yg nmpk nipis sikit...sbb dirumah ni,x ramai peminat cheese...terima kasih Ana share resipi.....mmg sedap.....


Blueberry Cheesecake
sumber: kek keju menawan Catherine Lau

Kulit:-
mentega 110gm dicairkan
biskut digestive 200gm dihancurkan halus-halus
gula perang 2 sudu besar mumbong
kepingan badam 50 gm dipanggang

Inti:-
krim keju 500gm didadu
mentega 30gm
gula caster 120gm
kulit lemon diparut daripada 1 biji lemon
jus lemon diperah daripada 1 biji lemon
tepung jagung 30gm - diayak
whipping cream 300ml - Ana guna jenis UHT whipping cream
telur 4 biji, dipukul sedikit
inti beri biru 150gm

Hiasan atas:-
serbuk gelatin 1 sudu teh
air 30ml
inti beri biru 150gm

cara:

Kulit: cairkan mentega di dalam periuk di atas api kecil. Masukkan biskut, gula perang dan badam dan gaulkan. Tekan adunan ini ke dalam acuan loyang 9" hingga padat. Tutup acuan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 min.

Inti: Pukul keju krim dan mentega sehingga tidak berbintil-bintil. Tambah gula,kulit dan jus lemon dan tepung jagung. Pukul sehingga sebati. Masukkan krim dan pukul sehingga adunan pekat. Tambah telur sedikit demi sedikit dan pukul adunan sehingga sebati.

2.Tuang separuh inti ini ke dalam kulit. Dengan berhati-hati, ratakan inti beri biru rata-rata di atas inti keju. tuang inti keju yg selebihnya ke atasnya.

3.Letak acuan ke dalam berisi air. Bakar selama 1 jam atau sehingga inti keras tetapi masih lembut di bahagian tengahnya. Tutup suis ketuhar dan biarkan kek di dalamnya selama 30 min.Keluarkan bekas air dari ketuhar. Biar kek betul-betul sejuk di dalam ketuhar dgn pintu direnggangkan sedikit.

4.Tutup acuan kek dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 6 jam.

Hias Atas: Tabur gelatin di dalam air dan biarkan selama 5 min. Kacau di atas api kecil sehingga campuran menjadi jernih. Masukkan inti beri biru dan kacau. Keluarkan kek dari acuan dan bubuh campuran gelatin dan beri biru diatasnya.Sejukan didalam petis sejuk sebelum dihidang...

Share |

5 ulasan:

ain berkata...

sedapnya kak zai!anak2 saya sukaaa!!!

MyLilBundle berkata...

salam kak zai..
lumayan sekali cheese cake akak tuuu..
meleleh2 tgk filling dia..heeeee
bila laaa nk rembat loyang cheese cake ni... cheese seketui dlm esbok sampai dah nk tukar kaler x wat2 lg...adeiii

zana @ ros hassan berkata...

alamak...sodapnya...tambah2 dgn lelehan bluberry kat tepi tu...fuyooo dan dan rasa la ni gak nak pi wat ciskek hahaha.

Mamasya berkata...

k.Zai..
Meleleh nengok cheese cake k.Zai ni..he..he...anak2 K.Zaipun tak suka cheesecake ya.. Anak2 saya kalau cheesecake letak topping masam2 mmg tak jln..mkn2 sorang2 nanti...diorg nak jugak letak yg ada coklat.
re; mmg seronok bila anak2 selera mkn apa yg kita masakkan....

Ana.Elianas berkata...

salam kak zai. nak bagi tepi ciskek tu licin ana masukkan kan dulu loyang ciskek yg dah kita masak tu dalam fridge dan biarkan selama 24jam...nanti dia akan lekang dgn sendirinya..ana pun tk tau sebenarnya hehehe tapi bila wat cam tu tetiba tgk dia lekang elok jer..kita nie pun try and erro gak la..hehehe