Sabtu, April 04, 2009

Spaghetti Bolognese " Hanya Satu "

www.tips-fb.com
Ni lunch untuk hari ni....request dr anak bujangku,malas nak masak lauk pauk dah...masak ni lagi senang dan ringkas....pagi sarapan pancake,lunch makan spaghetti je...ehh mcm mat saleh lak...minum petang makan pengat...selera melayu..semuanya menu yg ringkas...senang dimasak...cepat disuap kemulut....resipi dr penyanyi Nora....dr buku resipinye "Secukup Rasa" yg dijual dipasaran tempohari....resipi nnt jap yer..nk kena taip dulu...


Bahan2:-
1 peket spaghetti
1 cmb minyak zaitun(olive oil) atau mentega untuk merebus spaghetti
1 cmt garam

Untuk Sos:-
1 cmb minyak - untuk menumis bawang
1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 cawan daging cincang- sy guna daging kisar Ramly
1 botol sos spaghetti - bersaiz sederhana - sy guna jenama Prego botol besar
2 helai daun salam (bay leaves)
1 cmt basil (daun selasih)
1 cmt serbuk oregano
1 kiub pati ayam
1 camb puri tomato
1/2 cawan cendawan tin - dihiris
1 biji buah tomato - dipotong dadu
1 cawan (250 ml) air
1/2 cawan kacang pis (dalam tin)- sy x letak

Cara2:-
1. Rebus spaghetti dicampur minyak zaitun dan garam selama kira-kira 10 minit (bergantung pd jenis spaghetti)
2. Setelah masak,angkat dan toskan tetapi jangan dibilas untuk mengelakkan ai kering.Gaulkan dgn sedikit mentega.
3. Panaskan minyak,tumis bawang besar dan bawang putih selama 2 minit
4. Masukkan daging kisar dan sedikit air.
5. Tuangkan sos spaghetti,tomato puri,kiub ayam,basil,oregano,daun salam dan cendawan butang serta kacang pis.
6. Kacau dan masak selama lebih kurang 6-7 minit.
7. Angkat dan tuangkan pada spaghetti.
Share |

4 ulasan:

Aishah@Ariffin@Aqil berkata...

akak tak nak offer kat kite ker? kompen tak tolak nih...

ima berkata...

sedapnya...saya suka ini,dah lama tak buat....

ain berkata...

kak zai...nak sepinggan boleh..??

mamasya berkata...

Salam K.Zai....

Spaghetti hanya satu...special nama..anak2 kalau buat spaghetti mmg cukup suka mereka. sedap pengat pisang kat bawah tu...mkn ptg2. pancake belum pernah cuba..wpun mudah.nanti nak buat jugak..
K.Zai..saya dah buat laksa Johor copy resepi K.Zai..sedap dah lama tak mkn.
re; Syazrin tak tanya pasal neneknya tp bila tanya mana nenek..dia cakap nenek naik flight.