Rabu, April 08, 2009

Bubur Cha Cha

www.tips-fb.com
Bubur ni diantara yg dihidang semasa adik beradik dan anaknya dtg kerumah cuti baru ni,selain mee rebus Singapura...resipi ni ceduk dr dapur ummi jelah ye...maleh nak pikir2 masa nak taip...sbb nampak ada kat dapur ummi tempohari,tima kasih ummi ceduk resipi ni...

Bahan:-

  • 1 cawan bubur cacha kering
  • 500 ml santan
  • 2/3 cawan gula pasir/secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 biji keledek merah sederhana besar - dibuang kulit dan dipotong kecil
  • secubit garam

Cara Memasak:-

  1. Basuh bubur cacha dan rebus dengan air biasa hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
  2. Dalam periuk masukkan ubi dan santan dan masak dengan api perlahan.
  3. Masukkan gula dan secubit garam dan biar mendidih dan ubi empuk.
  4. Masukkan bubur cacha tadi dan masak sebentar hingga mesra.
  5. Tutup api dan hidangkan panas atau sejuk pun best..
Share |

2 ulasan:

ain berkata...

kita suka bubur cha cha, tp x pernah lg merajin nk buat.beli aje, kdg2 sdp..selalunya x sdp.hehe

Tanpa Nama berkata...

suami kita suka sgt bubur cha cha ni,tapi samalah dgn ain,tak pernah merajin nk buat lagi...beli aje