Rabu, April 29, 2009

Fruit Tartlet

www.tips-fb.com
Ni projek malam tadi....bab nak perabis baki buah peach dan anggur...tapi kulit tart dah buat awal dua hari lepas...jadi senang dan cepat sikit keje...tart ni nak bagi pada budak training kat ofis tu...dia dah habis training,budak ni rajin sgh...jadi nak bagi buah tangan padanya utk dibawa balik utk ibunya...ni pinjam utk posing amik gambar je...anak2 kat rumah x gemar dgn tart ni....resipi dr Mamafami....thanks mama..


FRUIT TARTLET
Sumber : Chef Alex Goh

PASTRY

Bahan-bahan :

(A)

200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila

(B)

1 biji telur

(C)

420g tepung
1 sudu besar susu tepung

Kaedah penyediaan :

1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.

2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.


INTI KASTAD
Sumber : Rinn

Bahan-bahan :

2 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung (sy guna tepung kastard)
8 sudu besar gula
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan :


1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

Cara yg ni C&P dr CMG...

UNTUK FRUIT TART :- Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat (seperti dalam gambar diatas). Buat hingga siap. Hias dengan buah2an kegemran, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. Boleh dihidangkan...
Share |

5 ulasan:

cikmanggis berkata...

buah-buahan tu menaikkan seri tart ni..teringin nak makannya...

MamaFaMi berkata...

Ish ish ish sungguh menyemarakkan selera je tengok tart Zai. Mulalah mulut ni cam terasa-rasa je kesedapannya... ahakss..

ain berkata...

suka betul tengok kale tart ni. colorful!!anak dara sy suka tat ni tp ibu dia tak pandai campur tak rajin nak membuat.hihi

Jasmeen berkata...

dgn angle shoot gini, meleleh trus air liuqqqq.....tart ini ler yg x sempt nak buat....istant custard dah lama beli...mau xpired nih...x leh jadikkkk...

shima berkata...

ikshh asak jenguk dapur akak jekk mmg kompem kine stand by ngan tisu tuk lap air liur..melelh tgk tart dia! ikshhh sedapnyerrr nagn buah2 tuuu ermmm rajin sungguh wat benda kecik2 nih heee