Rabu, April 29, 2009

Marble Cheese Brownies

www.tips-fb.com
Dah ramai mencuba brownies ni....kita yg ketinggalan...semalam buat utk bawa keofis kerana ada sedikit jamuan...Bila tengok brownies ni..nak gelak pun ada gak....x menyerlah keayuan nya....eehh mcm manusia plk...yang sebenarnya semasa bakar brownies ni...terleka...hingga kehangusan cheese nya...nasib x rentung.... jadi cheese nya dah jadi kulit melayu sawo matang...x jadi kulit mat saleh...tp bak kata zanaz Bangi...texture nya sebiji kek coklat bukan brownies...xpelah janji sedap dan ada penggemarnya....resipi c& p dr zanaz je...thank zanaz...


MARBLE CHEESE BROWNIES

Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor - ku letak dlm 60 gm je
1 biji telur gred B

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong
Share |

2 ulasan:

ain berkata...

lawa la kak! kita suka tengok gambo kuih lawa2.

shima berkata...

salam kak zai..
mmg sedap kan cheese brownies nih!!
choc+cheese mmg combination yg best sgt2....cantik akak potong brownies akak tuu i wat kelmarin bila dipotong mcm kine geget tikus ekekekee mana nak tau pisau tu kine celup air panas dulu! adeiii