Ahad, April 19, 2009

Udang Wangi

www.tips-fb.com

Diantara lauk pilihan yg dimasak semalam bersama kerabu kerang pucuk paku....wangi sungguh lauk ni bila tengah dimasak,sbb ada aroma udang kering dan daun kari tu...ada rasa kelainan dr sambal biasa....resipi dr dapur Rinn...tima kasih Rinn...kata Rinn resipi asal dr Buku Puan Halimah Shuib yg terkenal dgn masakkan Negeri Johor tu...


UDANG WANGI
Sumber : Buku Masakan Tradisi Halimah Shuib

Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI...
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.
Share |

2 ulasan:

mamasya berkata...

Salam K.Zai..

Udang wangi ni belum cuba lagi...terliur nengok kerabu ni..saya mmg suka kerabu tak kira kerabu apa2 pun...kalau kerabu pucuk paku campur pulak kerang mmg menyelerakan....ratahpun sedap.
tq wish besday Syakim.
aa..Syamil dg Syakim ada iras..

Jasmeen berkata...

sedapnya kak....rasa mau gi umah kakzai, la ni gak ...hehehhe