Ahad, April 19, 2009

Kerabu Kerang Pucuk Paku

www.tips-fb.com
Ni diantara lauk yg dimasak semalam....kerabu ni dah lama teringin nak buat,bila nampak terhidang kat umah Zanaz Bangi haritu...dah lama rasanya x buat kerabu ni,diantara lauk feberet ni...kerabu ni sedap dimakan dengan nasi panas dan dan juga diratah begitu saja...sesuai pada orang yg nak berdiet tanpa nasi...nak buat pun ringkas je...resipi dr majalah saji...buat 1/2 je dr resipi ni...


Bahan-Bahan:-

1 ikat pucuk paku (dicelur)
1/2 kg taugeh (dicelur)
1 kg kerang (direbus)
2 sudu besar kerisik
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 biji limau kasturi
3 tangkai cili merah(ditumbuk)
10 tangkai cili padi (ditumbuk)
sedikit belacan - sy x letak,tp ganti dgn udang kering yg ditumbuk
Garam dan secukup rasa

Cara:-
  1. Siang pucuk paku dan celur,begitu juga tauge dan kerang.
  2. Masukkan semua bahan-bahan didalam mangkuk dan gaul rata dan perahkan asam limau... Sedia untuk dihidangkan
Share |

1 ulasan:

shima berkata...

adeiii nyesal scroll sampai bwh..patut stop kt tart tu jekk...kang dah meleleh tgk kerabu kerang n pucuk paku ni..dua2 lak tu xde kt sini...huarghhhh!!