Isnin, Mei 04, 2009

Caramel Croissant Pudding

www.tips-fb.com

Buat untuk minum petang....aritu pun dah pernah buat....resipi dr dapur Ummi....dah ramai berjangkit buat puding ni...

CARAMEL CROISSANT PUDDING
Sumber resipi - Nigella Lawson - Jeni- Ummi

Bahan:-
2 ketul croissant (ummi letak 3 ketul dalam loyang 8 inci ni)
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
1/2 cawan whip cream (cair) - ummi letak 3/4 cawan
2 sudu besar bourbon (macam Jeni, ganti dgn 1 sudu teh esen vanila)
1/2 cawan susu segar (ummi letak 3/4 cawan)
2 biji telor - dipukul sikit

Cara Membuat:-

*Panaskan oven ke suhu 175 C.

*Koyakkan croissant (*ummi potong kecil2) dan masukkan dalam mangkuk pembakar.

*Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan lenggangkan ia untuk mencairkan gula. (Kalu mengikut step Nigella, dia x kacaupun dengan sudu, just lenggang2 je atas api). Letak atas api medium ke high. Jadikan gula hangus.

*Bila gula telah menjadi caramel, angkat periuk dan masukkan whipping cream, diikut dengan susu dan esen vanila. Pukul dengan whisk dan masukkan telor. (masalah Ummi pun sama dengan Jeni, bila buat camni, gula hangus mengeras dan Ummi pun panaskan jugak atas api semula).

*Tuangkan campuran ini ke atas croissant tadi. Biarkan ia terendam selama 10 minit.

*Bakar dalam oven selama 20 minit (ummi set 17 minit je) hingga kuning keemasan. (Hati-hati jangan sampai roti garing lak!)

Share |

4 ulasan:

Aymy with love berkata...

adoi k zai, sume dah berjangkit wat croissant pudding nie... cedapnyerrr...

Haniss berkata...

sedap nampak puding tu.....lama sangat dah saya tak eksperimen masak2 ni( bz teramat).....takat masakan biasa tu ada lah...

ain berkata...

sedapnya kak zai!!klu dok sebelah umah akak..bestnyaaa.

shima berkata...

salam kak zai!
amboiii sedap2 nyerr dessert dia....dahlaa presentation superb! mmg menggiurkan tgk pudding akak tu.... ni kalau dok sblh umah ni mmg dah anto dah hulur piring kosong dah nih ekekeee