Ahad, Mei 03, 2009

Puding Roti Caramel

www.tips-fb.com

Disebabkan buah2an masih banyak dlm petiais,tak tau nak buat apa...baki buah2an ni pun dr buat tart tempohari...masa beli taklah banyak sangat...tapi kat rumah ni...ada masa2 yg laku buah2an...ada masa orang tak pandang plk...maka buat lah puding dr resipi sifu masakan Hanieliza ni....maka make-up kan dgn buah2an tu..makan sejuk2....mmg best bersama buah2an...tapi gula hangus tu...terhangus sikitlah...tu yg puding jadi kecoklatan sikit tu...


Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert

Share |

5 ulasan:

zana @ ros hassan berkata...

wah mengancamnya hiasa puding roti karamel ni...mesti rasa pn sedap nih...

ain berkata...

cantiknya puding karamel akak. mcm ni baru le teruja nak makan!

ima berkata...

wah!meriahnya puding roti caramel...tengok pun dah sedap,kalau makan bertambah2lah sedapnya...

kalau datang umah ni meleleh2lah air liur...huhu

ZaiY berkata...

terliur aih tgk puding akak ni, meriah ngan fruities..

ZaiY berkata...

oopp..lg 1, cantikla langsir baru akak, nanti sy nak cari gak la..