Ahad, Mei 24, 2009

Mee Udang

www.tips-fb.com


Menu ni buat tengahari tadi....jadi tak makan nasi,cuma makan mee udang ni je sampai dinner....ayat yg dah biasa....hari tu terliur tengok hidangan mee udang Mamasya,tapi kuah nya mamasya campur dgn ketam sekali,tapi yang ni udang saje....mee ni mmg sedap dan tak rugi mencuba nya....sbb ada aroma udang kering dan rasa manis udang.....nak buat pn ringkas je....anak2 makan pun bertambah... sumber resipi dr Che Iza@MyR..... c&p dr FP Mamasya.....terima kasih kedua nya.

MeeUdang
Sumber : Che Iza @ Myresepi
(Resepi asal guna udang saja)

Bahan-bahan ( 3-4 org )
* 1/kg mee kuning - lebih 1 kg
* 300 gm udang saiz L@apa2 saiz-campur udang dgn ketam dlm 500 gm
* 4 sb lada boh / lada giling
* *4 ulas bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *1 sb udang kering- letak 2 sb
* *1/2 inci halia
* 1 sb petis
* 3 sb sos tomato-lebihkan sos
* 1 sb sos cili
* keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)-letak 1 ketul ubi keledek
* gula n garam
* taugeh n sawi
* daun bawang n bawang goreng,
**tambah telur rebus,tauhu goreng & limau nipis

Cara-cara
1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
**ketam direbus juga dan asingkan air rebusan.
2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
3. Masukkan air rebusan udang&ketam biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos.
6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....
**tambah sikit step 5; bila dah letak ubi keledek rebus lagi kuah till mendidih. perlahankan api masukkan terus udang dan ketam...biar rasa kuah lagi mesra dgn rasa udang dan ketam...reneh sekejap aja.boleh dihidang.
Share |

6 ulasan:

Pengasas berkata...

Salam ziarah!
Banyaknya makanan yang sedap-sedap di sini.
Very nice blog.
Tahniah.

ain berkata...

sedapnyaaa!!!anak saya balik cuti nanti, saya mesti buat. mesti dia suka!!

FiDa@aMiDa berkata...

udang tu buat tergoda tu

FiDa@aMiDa berkata...

udang tu buat tergoda tu

mamasya berkata...

Salam K.Zai..

Sedapkan dan ringkaskan mee udang ni...semlmpun saya buat lagi utk sarapan dan lunch... anak2 suka.
Sedap nampak set nasi lemak K.Zai...dah sebulan rasanya tak buat nasi lemak....mmg senangkan masak nasi lemak sekali harung sarapan dan lunch.
Sebut asam pedas Melaka....pernah mkn kat restoren asam pedas Melaka masa dok Melaka dulu....habis berair mata hidup..berasap telinga.he..he.. tak tahan pedas.mmg pedas betul.kalau buat di rumah mmg masak tak pedas sbb sekeluarga tak mkn pedas.

halen berkata...

tgk mee udang kak zai trus teringan mee udang sg dua. sedapnya mee udang..