Selasa, Mei 26, 2009

Puding Karamel

www.tips-fb.com


Walaupun puding ni agak mudah dan senang.....tapi baru berkesempatan nak membuat....tapi selalu buat puding ni agak kasar dan berlubang2 mcm ada gelembung buih....tapi bila cuba resipi yang ni,mmg tak mengecewakan dgn rasa yg lembut dan tekstur nya yg halus dan tak berapa manis....mmg sedap...resipi ni ambil dr FP Mamasya resipi asal dr FP Feqah dan ada ceduk sedikit petua dr Chef Noraini yg pakar kek tu...




Puding Karamel Feqah

Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas

Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.

Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.
Share |

10 ulasan:

ain berkata...

psst...lawa le puding akak kali ni!

FiDa@aMiDa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
FiDa@aMiDa berkata...

salam akak

lawalah puding ni tekstur dia cantiklah..dulu pernah buat tapi berluabang2 je..nanti fida nak jugak try resepi ni :)

QiStinA's berkata...

halus sungguh tekstur puding nie...

mie3425 berkata...

Salam ziarah,

Bagus sekali rasanya blog ini yang membantu seisi keluarga dapat merasakan masak dan dapat makan bersama. Tahniah.

(One) SiTi* berkata...

syoknya nampak karamel ni...

intan morsalin berkata...

nak try resepi ni plak la..sblum pernah at yg buh roti...tq..sudi share resepi

Adzrien Shoppe berkata...

raya haji kemarin kakak saya dari http://beautyfarmasi.blogspot.com/ buat 3 pinggan puding ni... ambil resepi dari sini le. Baru first time dia buat dah menjadi & sedap pulak tu. sekejap aje habis.

DuniaKU berkata...

salam kak..saya slalu jd silent reader akk.. mintak halal ye resepi2 akk sumer..nk jd follower lom ader blog sendiri lg..:)nak tanya akk nih, kt resepi nih tulis tuang setengah gula hangus tu??yg 1/2 lg nk tuang biler ek?

DuniaKU berkata...

ops silap..bukan xder blog,tp br nk mula..xpandai la..