Rabu, Mei 06, 2009

Slice Cheese Cake

www.tips-fb.com
Dah ramai berjangkit buat cake ni...macam virus yang menular pulak....virus masak2 ni takpe...jangan virus penyakit sudahlah....apa2 pun kek ni mmg sedap,lemak,lembut dan ringan dan tak manis sgt mcm kek yg biasa....sbb tulah berani taburkan gula icing kat atas tu,sbb tengok hana punya kek menarik.....resipi asal dr Ros Onigiri @MyR...tapi kutip dr dapur Hana kat Jepun nun...tima kasih kedua2nya...



Bahan-bahan

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila


Cara-cara

1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Share |

3 ulasan:

ain berkata...

semua dah berjangkit ekh.??bila yek virus ni nak serang saya. cepat le ooi cik virus meh serang saya!!

FiDa@aMiDa berkata...

salam kak zai

wah sedapnya cheese kek ni tergodalah...nanti nak trylah dah berjangkit ke sini :)

FiDa@aMiDa berkata...

nak tanya no 7 tu..keluarkan dulu kek dan letak acuan bawah kek 20cm yg berisi air bawah dia bakar semula ya kak zai?

7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.