Isnin, Jun 15, 2009

Brokoli & Tauhu Telur Goreng Berudang

www.tips-fb.com
Ini diantara menu lauk makan malam ni....resipi dr majalah saji tahun 1996,edisi resipi masakkan Melayu-Cina...lama dah tu,ada tersimpan dlm file koleksi resipi...terjumpa semula...

Bahan2:

2 keping tauh telur/tauhu jepun dipotong bulat dan digoreng
1/4 labu brokoli
10 ekor udang sederhana besar
1 batang seleri
3 batang putik jagung- sy x letak
1/2 biji lobak merah
10 ulas cendawan butang- sy x letak
3 ulas bawang putih
Sesudu makan minyak masak
Sedikit minyak biji
Sedikit lada sulah
Sedikit tepung jagung- bancuh dgn sedikit air
Secawan air sup

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih,
  2. Masukkan udang,sayuran,air sup,serbuk perasa,garam lada sulah.
  3. Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  4. Masukkan tauhu yg sudah digoreng dan kacau.
  5. Angkat dan masukkan kedalam pinggan hidangan,kemudian renjis dengan minyak bijan.

Share |

5 ulasan:

ain berkata...

nampak menyelerakan lah kak zai. mkn panas2 mesti kaw kan!

Ummu Aqil berkata...

sedap sedap...nak join mknnnnnnnnnnnnn

Nukilan ida berkata...

mmm makanan sihat... ni bleh cuber ni.. tq!

Haniss berkata...

ratah saja pun sedap sayur ni.....

kucingorengemok berkata...

ada sedikit rasa penyesalan dtg sini time lapar... aaaa, tidaaaakk!