Minggu ni kesibukan sikit...nak main masak2 dan nak jenguk umah kawan2 pun xde kesempatan....time cuti ada majlis kenduri sana sini bagai...ini jelah yg sempat buat utk minum petang dan upload kat n3....sebab bahan2 dah ada dan mudah nak buat...x perlu mixer...main kacau2 dan godek2 je dan terus bakar....menu besa2 je...resipi dr Resipi.Net
Sumber : Mas
Bahan-bahan
250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik
6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco
80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan - letak almond cincang
Cara Membuatnya
1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad.
TIPS : potong brownies semasa masih panas, supaya senang utk memotong. kalau sejuk, permukaan brownies ni akan keras sedikit.
7 ulasan:
Kite ingat kena potong brownie time sejuk baru senang... terbalik rupenye... tp makan time sejuk sedap kan kak..hehe :)
namanya menarik...rasanya mesti sesedap namanya hihihi
sedapnyaaa!!!!
nampak sedap...
kak nak tnya skit.. macadamia tu kacang apa?
ooo ye, si chewy gooey yummy ni mmg sedapppp...
kak zai.. bila la i leh rasa brownies u.. teringin la hehe..
Salam K.Zai..
Chewy Brownies antara brwonies yg femes...ramai yg cuba. saya yg belum lagi...numpang jamu mata kat dapur k.Zai dulu...skrg ni projek experiment di dapur dihentikan seketika...he..he..
re; betul tu K.Zai, masa menyepi tu tgh mabuk sakan...ngadap PCpun kepala pusing.Saja simpan rahsia sbb nak bagi kejutannnn buat teman2 semua...tq wish..
Catat Ulasan