Rabu, Jun 10, 2009

Sago Pearl Pudding

www.tips-fb.com
Disebabkan teruja tengok ditayangkan kat blog En Mat Gebu....mmg dah lama teringin nak buat kerana nampak cantik berlapis2...mari kita share resipi.....tapi kena sabar untuk tunggu melapis.... satu demi satu lapisan....tapi senang je....

Bahan:-
20 gm serbuk agar-agar
1 liter air
300 gm gula pasir
3 helai daun pandan - simpulkan
100 gm biji sagu putih
250 ml santan + sedikit garam secukup rasa
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara Membuat:-
Masak air hingga mendidih dan masukkan sagu. Kacau hingga masak dan sampai sagu jernih. Tuang ke dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk hilangkan kanji dan sagu tidak melekat-lekat. Bahagikan sagu sama banyak ke dalam 6 mangkuk. 3 mangkuk dibiarkan warna asal dan 3 mangkuk lagi diletakkan setiap satu pewarna merah, hijau dan kuning, kacau rata. Ketepikan.

Sementara itu, tuangkan 1 liter air dalam periuk dan masukkan gula, serbuk agar-agar dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuangkan santan, perlahankan api dan kacau rata. Ceduk 200 ml agar-agar tadi dan tuang ke dalam sagu tanpa warna, kacau rata dengan garfu dan tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 x 3 in yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Biark keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.

Ceduk lagi 200 ml agar-agar tadi dan masukkan ke dalam sagu berwarna hijau, kacau rata dengan garfu dan tuang perlahan-lahan atas sagu pertama tadi. Biarkan keras sedikit untuk proses seterusnya. Tuangkan secara berselang-seli sagu yang dimasukkan santan tadi menjadi lapisan no. 1 - putih, no. 2 - hijau, no. 3 - putih, no. 4 - kuning, no. 5 - putih dan no. 6 - merah. Sejukkan dalam fridge lebihkurang 1 - 2 jam sebelum dipotong. Cubalah!!



Share |

3 ulasan:

Nor berkata...

cantiknyer... nor pun dah lama teringin nak buat.. tp tak sampai seru lg.. :)

ain berkata...

cantiknya sago lapis kak zaiii!!! sy ni bab2 melapis kuih yg ada kurengg sikit ni.hihi

Ummi berkata...

Weee..penah dah buat sago pearl ni..lama dah, sampai lupa rasanya..mintak 2 potong k.zai..hehe