Ahad, Jun 07, 2009

Kek Kukus Berinti Daging

www.tips-fb.com
Dek teruja tengok Rinn menayangkan menu ni....maka kita pun mencuba untuk membuatnya....kalau tak cuba,tak tahu kan....rasanye dah dua,tiga orang kawan2 yg cuba resipi ni kan....makanan yg savoury ni,mmg menjadi kegemaran seisi keluarga.....resipi dr dapur Rinn Chan....terima kasih Rinn share resipi...


KEK KUKUS BERINTI DAGING
(Nama asal : Kek Kukus Lapis Daging)
Sumber : Chef Zubaidah Chepa

Bahan-bahan utk kek:
3 biji telur gred B
50gm gula castor ( ...mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake.. )
Secubit garam
100gm tepung superfine
1/4 tsp baking powder

Cara-cara:
1. Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 min.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kaupbalikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar.

Bahan-bahan untuk inti daging :
250gm daging kisar (Boleh diganti dengan ayam) - saya guna ayam
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 tsp lada putih
2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese.. )
Secubit garam
1 tbsp tepung gandum
* Rinn tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
* Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
2. Sementara itu panaskan pengukus.
3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
4. Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.

*Nota:
Sekiranya anda ingin melapis kek ini. Sila gunakan loyang 7" x 7". Lengser dengan sedikit butter. Tuang separuh dari adunan kek dan kukus selama 20 minit. Setelah masak taburkan inti daging dan tuangkan baki adunan kek. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan seketika dan bolehlah dipotong seperti kek biasa.
Share |

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

musim kek kukus dah datang;)

ain berkata...

wah....menu ni mcm tgh hot2 sekrg ni!

FiDa@aMiDa berkata...

menarik ni...byk dah tgk kat sana sini dok buat resepi ni...harus cuba ni :)

MyLilBundle berkata...

salam kak zai...
cantiknyaaaa kek lapis daging dia!!!
mesti unik rasa dia..selalu kek2 ni mmg manis..sesekali rsa yg savoury mesti sodap..

Mamasya berkata...

Salam K.Zai...

Cutelah cc kat bawah tu...byk juga k.Zai siapkan.
rempah gulai ros tu mmg femes kat Ganu...kat tempat lain tak ada rasanya.kat KEL pun tak ada...biasa mak kat Kel suka guna rempah cap org Terbang...

kek savoury gini kalau anak2 besar cam anak2 k.Zai tentu sukakan....hero2 saya kalau kek memanjang je nak kek coklat,kek lain mamanya kena perabih sorang2....

Tanpa Nama berkata...

sedapnye kak zai...kek kukus berinti daging tu...belum pernah rasa lagi nih...tentu sedapkan

zai@umiaiman berkata...

menarik arrr resepi ni kak zai..