Ahad, Julai 19, 2009
Ayam Masak Ungkep
Teringin nak makan ayam masak ungkep ni....selalu dengar nama dan tengok gambar je...dengar kabor masakan ni menu owang jawo ye....w/pun kita bukan owang jawo,teringin gak nak rasa...first time ni masak....sedap gak...rasa rempah ratus..tapi tak pedas...agaknya kalau nak pedas bolih bubuh cili padi kot...rupa ala2 rendang cili padi...resipi ambik dari blog Chef Noraini pakar masak segala bagai tu...tq Chef...
Bahan-Bahan :
1.5 kg ayam, dipotong kecil
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 batang serai, diketuk
1/2 cawan minyak masak
garam dam perasa secukupnya
1 hiris asam keping
air secukupnya
Bumbu (rempah ratus di kisar)
2 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar (merah)
4 ulas bawang putih
Cara Membuatnya :
1. Bahan bumbu dibasuh dan kisar hingga lumat bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bawang besar, bunga lawang dan serai hingga naik baunya.
3. Masukkan bumbu kisar dan tumis lagi hingga naik bau dan garing. Jika kurang minyak, tambah sedikit lagi.
4. Masukkan ayam dan kacau sebati.Tambahkan dua cawan air dan asam keping.Kacau biar rata.Tutup kuali dan biarkan rendidih selama 30 minit hingga ayam empuk.
5. Tambahkan air jika ayam belum empuk.Masukkan garam dan perasa.
6. Angkat dan hidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Ayam ungkep nie tak pakai santan yer kak... emm.. kurang sket kolestrol.heheh... bagus utk perut neh... hihihih
Aha la, tak de santan. Boleh makan sepikul pun tak pe ni.
sedap ni kak zai. boleh try nanti. klu dpt ayam kg lg le terangkat kan!
psst..ijan and gerau...akak ada dbtau oleh doktor santan tak de kolesterol sbb dpd tumbuhan. kolesterol more pd dairy products. and telur is the highest contributor.
Dr manalah pulak yang cakap tu. Rasa nak peluk dr tu.
Catat Ulasan