Isnin, Julai 20, 2009

Best Brownies With Creamy Frosting

www.tips-fb.com

Bahan:-
1/2 cawan butter/margerine - cairkan
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telor
1/2 cawan tepung serbaguna
1/3 cawan serbuk koko HERSHEY'S /Vouchelle
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan badam cincang (optional)

Cara-Cara:-
Panaskan oven ke suhu 180 deg. Celcius. Griskan loyang empat segi 9 inci. Kacau bersama butter yang dicairkan tadi dengan gula dan esen vanila. Masukkan telor yang telah dipukul sikit terlebih dulu. Ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. Masukkan ke dalam adunan tadi, kacau hingga sebati. Masukkan badam jika suka. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga brownies kelihatan renggang dari tepi loyang. Sejukkan atas wire rack.


CREAMY BROWNIE FROSTING - x buat frosting sbb dah manis

Bahan:-
3 sudu besar butter/marjerin - lembutkan
3 sudu besar serbuk koko HERSHEY'S
1 sudu besar corn syrup/honey (* ummi guna honey)
1/2 sudu kecil esen vanila
1 cawan gula icing
1 - 2 sudu besar susu

Cara-cara:-

Pukul mentega, serbuk koko, corn syrup dan esen vanila hingga sebati. Masukkan gula icing dan susu. Pukul hingga sekata. Sapukan atas brownies dan potong empat segi.

Share |

1 ulasan:

ain berkata...

nak buat lah sat lagi.mcm kecur pulak. hehehe