Isnin, Julai 20, 2009
Choc Sponge Cake With Layered Mousse
Bahan-bahan:
150 gm gula kastor
15 gm ovalette
5 biji telor gred A
110 gm tepung kek*- bertanda * ayak bersama
20 gm serbok koko*
1 sudu teh serbok penaik*
75 gm minyak masak - sy guna minyak jagung
1 sudu teh emulco coklat
60 gm air
Hiasan:
500 ml krim putar (non-dairy whipping cream) sedikit emulco coklat
Cara:
Gaul ovalette dan gula kastor dlm mangkok adunan. Masukkan telur dan bahan (A).Pukul kelajuan perlahan selama 2 minit untuk sebatikan adunan.Tukar kelajuan tinggi selam 5 minit hingga kembang dan gebu. Perlahankan kelajuan dan campurkan emulco dan air kemudian tuang air emulco coklat.Pukul lagi dgn kelajuan tinggi selama 2 minit lagi. Tuangkan minyak dak gaul perlahan-lahan hingga sebati. Griskan acuan bulat 9 inci.Lapis dgn kertas serap minyak.Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit. Keluarkan kek dari oven dan telangkupkan.Setelah 5 minit,pusingkan pada kedudukan asal.Tujuannya supaya kek tidak mendap. barulah dikeluarkan dari acuan.Sejukkan.
HIASAN:-
Pukul krim putar hingga kental.Campurkan sedikit emulco coklat.Sapukan krim ini pada kek dan hiaskan.
NOTE:
sy x buat hiasan seperti diatas...sbb guna dairy whipping cream- sbb stok x de (kalau pukul x mengembang) just sekadar pukul whiping cream dgn choc emulco hingga pekat je dan sapu pd lapisan kek dan atas kek.pastu masukkan dlm petiais hingga beku,tp bila dikeluarkan, topping kek ni x cair sbb dah dipukul.(topping jadi nipis je... x tebal)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
amboi kak zaiiiiii...byk nyer menu hari keluar. terliur sana sini saya dibuatnya lah.
Kecantikan yang menjadi perhiasan bagiku kerana aku tidak tahu membuatnya. lagipun diriku tiada oven canggih. Kesian aku.
Cantik nye.. cam kat kedai kek profesional... kalau beli mau berpoloh hengget neh.. huhu
salam k zai...
maaf sy tak faham maksud ayat ni...
HIASAN:-
sy x buat Pukul krim putar hingga kental.Campurkan sedikit emulco coklat.Sapukan krim ini pada kek dan hiaskan.
adakah maksudnye krim putar tu akak tak pukul hingga kental tp akak terus sapukan pada kek?klu ikutkan krim putar tu dalam bentuk cecair sblm diputarkankan?tp cam mane nampak dia membeku gitu?akak masukkan dalam peti es ke setelah akak sapukan krim putar tu?klu ye begitu,then biler dia dah lame kat luar, dia tak mencair semula?
hrp akak dapat jawab ye :)
Catat Ulasan