Isnin, Julai 20, 2009

Moist Choc Brownies

www.tips-fb.com

Bahan-bahan:

1 ½ cawan (185 g) tepung serba guna
¼ cawan (30 g) serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bicarbonate
1 ½ cawan (205 g) macadamia nuts – dicincang
125 g butter 200 g coklat masakan, dicincang
1 cup (250 g) gula kastor
2 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan (90 g) krim masam (sour cream) (mklang tak letak pun coz takder stok)

Chocolate topping:

150 g (5 oz)
coklat masakan ½ cawan krim masam (sour cream)

Caranya:
* Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun. * Masukkan 1 cawan macadamia nuts dan buatkan lubang ditengah-tengah.
* Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan sour cream.
* Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.
* Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang tadi.
* Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga semua bahan-bahan sebati.
* Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 – 35 minit (atau sehingga masak).
* Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.

Cara membuat topping:- sy x buat

* Cairkan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.
* Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
* Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan macadamia nuts yang
berlebihan.
* Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Variasi:

Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim
Share |

Tiada ulasan: