Ahad, Julai 05, 2009

Ikan bakar Portugis

www.tips-fb.com

Hari tu nampak kat umah Cikgu Zana ikan bakar Portugis ni...Zana pun amik resipi dr umah Noreen UK....ramai juga yg buat bakar ikan ni...tak silap kat umah Nur S'pore pun ada gak...itu yg tak blh tahan ni...mmg sedap ikan bakar ni....minta izin C&P dr dapur Zana...terima kasih semua...

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung - sy guna ikan tenggiri
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil

Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis

cara:
  • lumur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
  • panaskan minyak
  • tumis bahan2 kisar sehingga wangi
  • masukkan sos cili thai dan kacau rata
  • bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
  • angkat
  • letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
  • sudukan sedikit kuah
  • letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
  • taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
  • bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
  • boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper





Dah masak.....baru keluar dari oven....panas2....
Share |

8 ulasan:

FiDa@aMiDa berkata...

kak zai sedap ni lama tak makan ikan bakar...especially ikan bakar muara

blogresipi berkata...

Sedapnye ikan bakar... kalau kat pasar malam mahal jugak seketul diorang jual.

blogresipi berkata...

Sedapnye ikan bakar... kalau kat pasar malam mahal jugak seketul diorang jual.

ain berkata...

sedapnya kak zaiiiii...jumaat ni wajib saya buat.hehehe

Haniss berkata...

seleranya tengok ikan bakar portugis ni....tapi kat portugia ada ka ikan bakar cam ni......gurau jerrr

mamasya berkata...

Salam K.Zai..

ikan bakar portugis....sedapnya..dah cuba tp kalau ikan tenggiri belum lagi.
byk door gift cc k.Zai siapkan...comel2 dlm bekas.
re; Alhamdullilah saya sihat...baru lepas berurut ni. Syazrin dan abg2nya belum posing lagi dg baby Syakirah.

MamaFaMi berkata...

Kenapa ye dipanggil Ikan Bakar Portugis?

mie3425 berkata...

Kalau nak makan ikan bakar portugis saya ke Mid Valley, tapi sekarang tempatnya sudah bertukar dan rasanya agak ragu2. Saya cuba buat ikan bakar style tu tapi masak dalam oven dan rasanya aluminium foil kena tebal sikit.