Sabtu, Julai 11, 2009

Ikan Pais Tempoyak

www.tips-fb.com
Dah masak...baru keluar dr oven....


Masak pais pulak,dah terasa kesedapan bakar membakar dan pais memayis....lebihan daun pisang tempohari ada lagi...buat pais ni untuk lunch hari ni....makan beramai2 anak beranak mmmg berselera betul pekena pais ni....betul kata mamasya yang empunya resipi,dapat lauk ni,tak jeling dah lauk lain....resipi dr FP mamasya yg dok nun di Brunei yg masih dlm pantang yg dpt baby girl,yg dok mabuk diam2 je tu...hehehe....jgn merajuk ziela....terima kasih,minta izin C&P je ye....

Ikan Pais Tempoyak
Sumber; Majalah Rasa

Bahan
I ekor ikan patin-guna ikan talapia merah; basuh dgn air asam jawa utk hilangkan hanyir
1/2 inci kunyit hidup-kisar
20 biji cili api(merah&hijau)-campur cili padi dgn cili besar-kisar
3 helai daun kunyit- hiris
3 btg serai-hiris
4 sm tempoyak
garam,gula secukup rasa
daun pisang utk balut ikan-guna aluminium foil

Cara
1.Campur bahan kisar,garam,gula dan tempoyak.
2.Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.pastikan keseluruhan ikan dilumur
3.Taburkan daun kunyit dan serai ke atas ikan.
4.Bungkus dan bakar hingga masak.

Share |

8 ulasan:

geraugebang berkata...

E eh, ikan pais tempoyak ni macam adik-beradik masakan blog Kucingorengemok.Brengkes tu. Nanti nak cuba.

umi_e berkata...

sedapnya... kalau guna ikan lain pun boleh kan...

* tak makan ikan talapia :S

Mamasya berkata...

Mmg lagi berselera mkn ramai2 ikan pais ni....rasa tempoyaknya buat tambah selera.
tak merajuk dgn usikan K.Zai tp geram sbb tak tahan jamu mata aja dgn masakan k.Zai....k.Zai buat saya terliur aja.sabar2..lepas pantang ni siaplah...ha..ha.....

Mama Awisy berkata...

nak try ler..mesti cedap..

hazila berkata...

Salam kak zai,
Jalan jalan cari resepi pais tempoyak ikan...

Unknown berkata...

assalamualaikum.. tumpang iklan ye admin..
kami menyediakan tempahan pais tempoyak ikan patin bakar (frozen) penghantaran PERCUMA utk seluruh kawasan temerloh dan mentakab.. harga cuma rm35 hingga rm40 SEEKOR.. lawati fb kami utk maklumat lanjut "Paih Patin Bakar Tempoyak"
blh jg wsp kami utk tempahan.. 0123897434..
terima kasih admin...

Unknown berkata...

assalamualaikum.. tumpang iklan ye admin..
kami menyediakan tempahan pais tempoyak ikan patin bakar (frozen) penghantaran PERCUMA utk seluruh kawasan temerloh dan mentakab.. harga cuma rm35 hingga rm40 SEEKOR.. lawati fb kami utk maklumat lanjut "Paih Patin Bakar Tempoyak"
blh jg wsp kami utk tempahan.. 0123897434..
terima kasih admin...

Unknown berkata...

Pakai kerisi@siakap ke blh jgk